Jaga-Jaga! Impak Makanan Pedas Berapi Boleh Menggugat Kesuburan?

Korang jom makan ayam pedas gila tu, aku tengok ramai orang pergi macam best je!”

Kalau sebelum ni viral mi segera korea pedas sampai ada yang buat challenge tapi sekarang ni makanan melayu pun tak ketinggalan untuk menarik minat pelanggan dengan menjadikan setiap masakan mempunyai rasa pedas berapi atau berasap sekali gus menjadi trend sehingga ia amat digemari oleh masyarakat di Malaysia terutama buat golongan muda.

Buat penggemar makan pedas, mungkin anda akan menganggap ianya sebagai satu kepuasan tetapi adakah makanan terlalu pedas memberi kesan baik atau ia lebih memudaratkan kesihatan untuk jangka panjang? Menurut kenyataan daripada Pakar Sakit Puan dan Kanser Wanita Perubatan Sunway, aitu Dr Zaharuddin Rahmat, secara amnya makan pedas bercili atau rempah membuatkan ramai yang tertarik kerana rasa lebih sedap dan bau yang menarik.

Related image

Sumber: kissmf

Untuk pengetahuan anda pengambilan makanan pedas bercili secara sederhana dapat memberi banyak kesan positif kepada kesihatan tubuh badan. Terdapat capsaicin di dalam cili yang membantu sistem pengaliran darah meningkatkan pembentukan haba yang mana proses tersebut digunakan untuk membakar kalori dan tenaga.

Related image

Sumber: IDN

Fakta makan cili

* Tiada kesan secara langsung makanan terlalu pedas dan kesuburan.

* Makan sederhana pedas boleh membantu kesuburan dengan meningkatkan paras metabolisme, imuniti dan menjaga berat badan.

* Makanan terlalu pedas mungkin boleh menggugat kesuburan dengan mengganggu kesihatan.

* Kerap sakit perut, cirit-birit dan ulser perut.

Nak makan pedas tu boleh tapi makan dengan bersesuaian dengan badan. Ini kerana tidak semua badan boleh terima makanan pedas, sederhana atau terlalu pedas. Anda perlu tahu reaksi setiap individu berbeza dan tidak sama. Jika berlaku cirit-birit, sakit perut dan banyak berpeluh anda patut berhenti makan.

Untuk artikel lebih menarik, anda boleh klik link di sini :

StopLukakan Hati Sendiri, Belajar Lepaskan Si Dia Itu Lebih Baik

 

 

 

Sumber: beritaharian

 

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna