Jaga-Jaga! 20 Jenis Penyakit Ini Tidak Boleh Ambil Produk Sebarangan

Menurut laporan Berita Harian, kira-kira 80 peratus rakyat Malaysia dipercayai mengamalkan pengambilan produk suplemen kesihatan, herba dan ubat tradisional untuk menangani penyakit kronik. Lebih parah lagi apabila kebanyakan daripada mereka membeli ubat-ubatan di atas talian.

Disebabkan penggunaan media sosial tiada sempadan, perkara ini sudah tidak dapat dibendung lagi, sehinggalah salah seorang pakar doktor pakar buah pinggang, Dr Rafidah Abdullah tampil bersuara menerusi akaun twitter miliknya tentang senarai penyakit yang ubatnya tidak boleh dijual sesuka hati.

Antara 20 jenis penyakit adalah…

Ini kerana, ubat yang salah akan memberi risiko pesakit menjadi lebih teruk jika tidak mendapat nasihat daripada pakar. Malah, jika disyaki menjual ubat-ubatan yang tidak mendapat nasihat doktor, penjual akan dikenakan hukuman di bawah Akta Ubat (Iklan & Penjualan) 1956.

Kepada yang sering mempercayai ubat-ubatan yang tidak disyorkan oleh doktor, pernah tak anda terfikir, sejauh mana keberkesanan ubat yang dibeli dari individu yang bukan pakar dalam perubatan? Jangan mudah percaya dengan produk-produk luar. Sayangilah diri anda.

 

 

 

 

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna