Jadual Tidur Semakin Merepek Sejak PKP? Ini 6 Benda Anda Kena Tahu

Bila masing-masing dah ada banyak masa dekat rumah, macam-macam benda yang kita nak buat. Antaranya macam maraton cerita bersiri selama berjam-jam sampai tidur pukul 3 pagi. Ada juga yang tak sedar hari rupanya dah siang barulah tarik selimut perlahan-lahan untuk tidur.

Hasilnya, jadual tidur pun dah berterabur. Badan kita pun keliru bila entah agaknya masa tidur kita yang sebenar. Bila kita tak dapat tidur yang nyenyak dan berkualiti, mulalah cepat penat dan mempunyai risiko untuk terdedah dengan penyakit.

Jadi, dalam artikel kali ini. Donna nak bagi 6 tip sederhana macam mana nak  dapatkan tidur yang lena.

via GIPHY

Bernafas 4-7-8

Sebelum tidur, apa kata anda buat teknik pernafasan ini.

-Tutup mulut dan tarik nafas melalui hidung selama 4 saat

-Tahan nafas 7 saat

-Buka mulut sampai ada suara berdesing selama 8 saat

-Ulang sebanyak 3 kali

BACA: “Saya Seorang Yang Susah Tidur” – Elyana

Cuba tidur pada waktu yang sama

Cara nak betulkan jadual tidur ialah kembali mendisiplinkan diri untuk tidur pada waktu yang sama. Awal-awal memang susah, tapi bila badan anda dah terbiasa, anda akan cepat tertidur dengan sendirinya. Masuk tidur 30 minit awal untuk anda bersantai dulu atas katil sebelum betul-betul tertidur.

via GIPHY

Jangan tidur waktu siang

Banyak warga insomnia yang tidur waktu siang dan berjaga waktu malam. Pola tidur macam ini sebenarnya tak bagus. Tidur siang boleh merosakkan kualiti tidur pada waktu malam. Kalau nak tidur pun pastikan tidak melebihi 30 minit.

BACA: Selain Risiko Sakit Jantung, Ini Keburukan Kalau Tidur Lepas Sahur

Jangan makan sebelum tidur

Makanan yang tinggi karbohidrat boleh menyebabkan anda susah tidur.  Pastikan anda makan 4 jam sebelum anda tidur untuk proses pencernaan makanan. Bagi memudahkan urusan tidur, apa kata anda minum teh chamomile, kacang almond dan kacang kenari.

via GIPHY

Dengar muzik

Muzik sangat membantu untuk anda cepat tidur tau. Jadi, dengarlah muzik instrumental yang lembut dan dapat menenangkan hati anda.

Tulis jurnal

Boleh jadi anda susah tidur sebab ada banyak benda yang sedang bermain di dalam kepala. Jadi, anda boleh tulis gratitude journal dalam catatan harian dan tuliskan benda-benda positif yang berlaku dalam hidup anda hari ini. Tulislah benda ini 15 minit sebelum anda tidur setiap malam. Mesti hidup anda akan lebih positif selepas ini.

via GIPHY

Itu sahajalah yang boleh dikongsikan untuk kali ini. Tak apa, kita mulakan dengan perlahan-lahan untuk mengembalikan semula tenaga dan habit tidur yang baik sepanjang PKP ini. Nanti tak adalah kita tiba-tiba jadi malas untuk bangun pagi bila PKP dah habis, kan?

 

 

 

 

 

Sumber: CNN

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna