Jadual Padat! Nana Tetap Cari Masa Tanya Khabar Anak Setiap Hari

Kalau anak saya merengek waktu saya nak ke kerja, saya akan pujuk dia elok-elok, bagitahu dia yang saya nak cari rezeki”

Lebih 20 tahun bertapak dalam dunia seni, penyanyi Siti Nordiana Alias atau lebih mesra dikenali dengan nama Nana pernah popular dengan sebuah lagu duet bersama arwah Achik Spin berjudul Gurauan Berkasih suatu ketika dahulu.  Namun, siapa sangka, disebalik kejayaan seseorang ada kisah hitam disebalik hidup yang anda lihat yang indah sahaja.

Perjalanan hidup Nana…

Nana sah bergelar seorang isteri kepada pelakon Faizal Yusof pada tahun 2006 dan telah dikurniakan seorang anak lelaki, Muhamad Rayyan Nakhaie yang kini berusia 9 tahun. Tetapi, jodohnya tidak berkekalan apabila pada tahun 2009, Nana memfailkan penceraian terhadap pelakon Faizal Yusof kerana sudah tiada lagi persefahaman antara mereka berdua.

Malah, dia turut mengakui dirinya pernah kecewa, putus harapan, hidup dalam terumbang ambing ketika ingin memulakan kehidupan baru selepas bercerai dan merasai jatuh bangun sebelum bangkit semula dalam dunia seni.

Namun, kisah hitam itu bukanlah satu kesilapan yang dilakukan. Sebaliknya Nana menganggap semua ini sebagai satu pengajaran dalam meneruskan hidup, sehinggakan dia mengambil keputusan untuk menulis buku dari hasil tangannya sendiri berjudul, Life Must Go On yang mengisahkan tentang perjalanan hidupnya dan untuk memberi motivasi kepada pembaca.

Kini, apabila dia sudah mengecapi sedikit keselesaan hidup apabila menjuarai program Gegar Vaganza musim kedua. Namanya telah kembali naik sehinggakan sibuk mengedalikan jadual hariannya yang penuh dengan kerja dalam bidang seni.

Oleh kerana jadual hariannya makin sibuk, ditambah pula baru-baru ini dirinya meraih empat pencalonan awal Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31, Nana tetap tidak mengabaikan satu-satunya putera sulung hasil perkahwinan bersama bekas suaminya yang sudah meninggal dunia pada tahun 2011.

Ketika ditanya persoalan tentang anak, Nana seperti tiada masalah. Mungkin sudah sembilan tahun bergelar seorang ibu tunggal. Jadi, untuk dia membina semula semangat dan belajar erti kehidupan telah membuatkan dirinya kuat dan lebih berhati-hati setiap langkah yang diambil.

“Kalau dalam sehari tu, sibuk la macam mana sekalipun, saya akan sediakan masa dengan anak saya atau menelefon dia untuk dengar cerita dia,” katanya ketika di temu bual.

Tambahnya lagi, apabila meluang masa bersama anak, dia akan membawa anaknya berjalan-jalan di pusat membeli-belah untuk ‘window shopping’, menonton wayang dan berjalan-jalan pusing.

Walau bagaimanapun, penyanyi berasal dari Negeri Sembilan itu mengtakan dia meminati lelaki yang berjambang. Jadi, kepada yang ingin mengahwini penyanyi cantik ini, mungkin boleh mula membela jambang.

Sumber: facebook Nana ,  Berita Harian

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna