Isu Pelajar Tahfiz Yaman Tak Mampu Bayar Bilik Kuarantin Hampir 2 Ribu Ringgit

Bermula 24 Julai sehingga 2 Ogos, seramai 4768 rakyat Malaysia telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa. Kesemua individu tersebut telah ditempatkan di 19 Hotel dan lima Institut Latihan Awam (ILA) di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Johor, Sarawak dan Kelantan.

Mereka ini termasuklah pelajar Yaman yang tidak berkemampuan untuk membayar kos kuarantin. Perkara ini diketengahkan oleh  salah seorang bekas pemimpin veteran UMNO, Minda Syed Ali Alhabshee menerusi laman akaun Facebook miliknya. Dia merayu agar pihak kerajaan tidak memandang enteng dengan isu ini.

Sebilik RM1,890!

Mana tidaknya, caj kuarantin satu bilik Hotel Impiana KLCC difahamkan dikenakan sebanyak RM1,890 keatas seorang pelajar dan amat menyedihkan lagi, apabila pelajar yang gagal membuat pembayaran terpaksa berlegar-legar di lobi hotel sehinggalah bayaran dijelaskan.

Ismail Sabri selesaikan!

Rentetan itu, pada petang tadi Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membuat kenyataan dalam satu sidang media bagi menjelaskan isu tular ini.

Menurutnya, pihak kerajaan telah membuat ketetapan pengecualian bayaran kos kuarantin bagi pelajar yang tamat tempoh pengajian. Sekiranya pelajar tersebut ditaja oleh agensi Kerajaan, badan penaja tersebut akan menanggung kos kuarantin.

“Bagi pelajar dari keluarga B-40 yang pulang dari luar negara, mereka boleh memohon pengecualian dan proses verifikasi akan dilakukan melalui data sedia ada Bantuan Sara Hidup,” jelasnya lagi.

Dalam pada masa sama, beliau turut mengingatkan mereka yang perlu kuarantin sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan supaya kes penularan wabak berjangkit dapat diatasi.

Kesimpulannya, isu pelajar tahfiz sudah pun diselesaikan. Tahniah pihak kerajaan kerana mengambil berat tentang isu ini.

 

 

 

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Doktor Ini Kongsi Langkah Betul Bila Hidung Berdarah

Tak Sampai 10 Minit Belajar Dekat Sekolah, Pelajar Ini Terima Berita Sedih

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: kiniTV

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna