Isu Jakel Hina Melayu, Pengarah Urusan Beritahu Siapa Nor Lizah Sebenar

Seperti yang semua warganet sedia maklum, semalam kita dikhabarkan dengan kejutan tentang isu adik kepada Pengurus Besar salah satu gedung kain terbesar di Malaysia, Muzaffar Jakel apabila melemparkan kata-kata nista kepada orang melayu menerusi Instastory.

Tindakannya itu dikatakan kerana netizen mempertikaikan perniagaan keluarganya yang ingin membuka kedai pada Isnin, 4 Mei ini.

Mohon maaf

Itulah bila berada di zaman moden ni kena lebih berhati-hati, segala pertuturan dan tingkah laku di media sosial kita sering diperhatikan lebih-lebih lagi bila kita berada dalam keluarga yang dikenali ramai.

Bagaimanapun, Muzaffar sendiri sudah tampil memohon maaf secara bertulis tapi itu belum cukup puaskan hati netizen kerana ramai yang menyuarakan untuk boikot perniagaan Jakel.

Siapa Nor Lizah?

Jadi, Pengurus Besar Jakel, Datuk Mohamed Faroz Jakel, memuat naik sebuah video di akaun Facebook Jakel sendiri untuk memohon maaf secara lisan dan terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia bagi pihak keluarganya.

Dia turut menjelaskan beberapa perkara sebenar antaranya pengguna Facebook, Nor Lizah yang memanaskan lagi situasi dengan menghina dan mengutuk orang Melayu.

Jom dengarkan penjelasan dari Feroz sendiri.

Salam Ramadhan. Admin kongsikan video permohonan maaf dari Datuk Mohamed Faroz Bin Mohamed Jakel, Pengarah Urusan…

Posted by Jakel on Sunday, May 3, 2020

Ha, tudia bila CEO  sendiri minta maaf pada orang Melayu. Rupanya si Lizah tu tiada kaitan dengan mereka. Begitulah, orang kata terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Terlajak posting di social media kecaman netizen mendapatnya.

Dari kejadian ini, kami harap semua orang ambil pengajaran. Elakkan menulis perkara yang menyentuh isu perkauman atau menghina sesiapa di media sosial.

Selamat berpuasa!

 

Dapatkan tawaran menarik dengan hanya klik link ini.

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Jangan Tahu Pakai Je! Jom Baca Makna Simbol Pada Label Pakaian

Pakaian Kena ‘Up-To-Date’ Walaupun Di Rumah

 

 

 

 

Sumber: Jakel

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Comments

    • DEANZ SNIPERLENSE
    • 5 May 2020
    Reply

    Bersyukurlah dilimpahi dengan rezeki yang banyak di dunia ini. Mereka ini sangat sombong dan ego kepada orang lain. Mereka juga ini mirip seperti firaun yang akan binasa dengan kekayaan mereka sendiri

      • Ainaa
      • 6 May 2020
      Reply

      Terima kasih kerana membaca artikel Donna!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna