Isu George Floyd Lebih Besar Dari Yang Anda Sangkakan

Amerika Syarikat kini kecoh kerana berlakunya rusuhan secara besar-besaran selepas sebuah video rakaman yang melibatkan polis membunuh seorang lelaki yang kulit hitam. Yang paling menjadi punca api kemarahan rakyatnya apabila mereka menyaksikan George tidak melawan langsung dan sedangkan merayu untuk hidupnya.

Siapa George Floyd ?

George Floyd adalah seorang warga berkulit gelap di Amerika yang telah dibunuh oleh seorang polis yang berkulit putih ketika menahan Floyd di permukaan jalan. Pegawai polis yang bernama Chauvin tersebut meletakkan lututnya di antara leher dan kepala mangsa selama hampir 10 minit walaupun Floyd mengatakan yang dia tidak boleh bernafas berkali-kali.

Isu ini bukan sekadar kemalangan biasa dan bukan disebabkan seorang pegawai polis yang hanya menjalankan tugas. Namun ianya adalah sebuah isu yang sangat besar kerana ianya melibatkan perkauman, keganasan, penindasan, salah guna kuasa dan kebebasan bersuara. Isu ini kalau dilihat sudah cukup lama dilontarkan dan ada beberapa waktu yang ianya menjadi besar seperti tahun ini.

Baca:“Aku Rindu Masakkan Mamaku”- ‘Frontliner’ Penat Dan Rindu Keluarga

Apa kata Donald J. Trump?

Kalau dilihat, ianya disebabkan masalah “white supremarcy” yang diagungkan oleh warga Amerika yang berkulit putih sehinggalah pada pemimpin mereka sendiri. Ketika isu George Floyd ini hangat, pemimpin Amerika mengeluarkan tweet yang berbaur racism dan seperti menyokong keganasan.

Foto:ABCNEWS

Disebabkan isu ini Amerika kini berdepan dengan protes daripada rakyat mereka sendiri dan berlaku banyak kacau bilau di beberapa tempat di Amerika seperti di Minneapolis, Minnesota dan California. Pelbagai masalah timbul ketika rusuhan berlaku seperti polis melanggar orang awam yang protes menggunakan kereta, wartawan yang hanya menjalankan tugas ditembak dengan peluru getah oleh polis dan sebagainya.

Ini adalah sebuah isu yang pada mulanya kalau anda lihat mungkin tentang seorang lelaki dan seorang pegawai polis tapi ianya berubah menjadi sebuah isu yang melibatkan rakyat Amerika dan pemimpin mereka. Sebelum ini terdapat kes yang menunjukkan white supremacy ini masih wujud apabila Ahmaud Arbery, seorang lelaki berkulit gelap ditembak oleh dua lelaki berkulit putih ketika dia sedang jogging. Ianya sedikit sebanyak mula membuat rakyat Amerika panas hati dengan masalah golongan kulit putih ini yang menganggap diri mereka superior.

Asal Usul Isu Perkauman Amerika Syarikat

Berbalik pada masalah sebenar yang dihadapi Amerika ini, anda perlu memandang kembali pada isu-isu yang terjadi sebelum permodenan. Orang berkulit gelap yang berasal dari Afrika ini datang ke Amerika sebagai hamba pada tahun 1619. Sebagai hamba semestinya kehidupan mereka terhad dan ditindas oleh golongan kulit putih ini. Era penghambaan di Amerika mengambil masa sehingga tahun 1863 untuk ia berakhir apabila Abraham Lincoln mengisyhtiharkan mereka kini bebas dari menjadi hamba. Namun mereka tidak sebetulnya bebas kerana pelbagai peraturan ditetapkan dan mereka masih mendapat diskriminasi dari golongan kulit putih ini sehinggalah kini.

Selain daripada melihat waktu kedatangan Afrika-Amerika sebagai hamba kita boleh lihat juga isu diskriminasi ini banyak dilontarkan oleh mereka di dalam lagu. Era ketika hip-hop menjadi ikutan di sana, banyak rapper yang berani dengan lantangnya bersuara tentang isu penindasan dan sistem yang penuh korupsi itu. Antara artis yang mula-mula lantang bersuara ialah kumpulan N.W.A yang terdiri daripada Ice Cube, Dr Dre, Eazy E dan lain-lain.

Mereka berani menyuarakan bahawa polis adalah golongan yang suka membuli dan menganggap diri mereka berkuasa. Selain itu lagenda industri hip-hop di Amerika iaitu Tupac Shakur juga banyak menulis tentang masalah kehidupan Afrika-Amerika dalam sistem yang korupsi ini.

Namun kini isu ini mula timbul dan mulanya rusuhan dan ianya tak akan pernah berhenti selagi golongan yang mengawal sistem ini menganggap diri mereka berkuasa. Penindasan akan terus berlaku namun jika perubahan drastik di ambil ianya akan membawa kebaikan pada warga Amerika.

Jadi jangan anggap isu ini sekadar hashtag, atau tentang seorang lelaki biasa. Tapi ianya isu besar dan melibatkan negara Amerika itu sendiri dan jangan kaitkan pula dengan warga Malaysia konon sama seperti golongan kulit putih di Amerika. Sebabnya apa yang ada di Malaysia dan apa yang kita dapat jauh berbeza dari yang mereka alami.

 

 

 

Baca::“Setiap Kali Pulang, Saya Tak Boleh Peluk, Cium Anak” Luahan Sebenar Frontliner Hadapi Risiko Covid-19

Kos Rawatan RM 8000, Anak Sah Positif Kawasaki Terpaksa Makan Ubat Pesakit Jantung Dewasa

 

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna