Isu ‘Fresh Graduate’ Dan Dunia Pekerjaan 2020

Pelbagai saranan yang diberikan kerajaan juga seperti tidak memahami apa yang sebenarnya sedang berlaku pada golongan yang baru menghabiskan pembelajaran. Ianya disebabkan perubahan sistem dan teknologi yang semakin berkembang menyebabkan pelbagai masalah yang timbul.

Isu tidak boleh di selesaikan dengan strategi lapuk seperti tahun ketika kita masih baru mengeluarkan kereta buatan Malaysia yang pertama. Setiap pihak perlu mengetahui apa yang dihadapi oleh golongan fresh grad ini sebelum membuat sebarang kenyataan.

Kursus Tidak Penting & Kurang Sektor Pekerjaan 

Kalau dilihat dari segi pendidikan, Malaysia kini mempunyai lambakan graduan tidak kira dari diploma hinggalah ke sarjana. Lambakan ini menyebabkan pelbagai isu seperti lari bidang, menganggur dan masalah bayaran pinjaman. Mengejar sijil adalah penting namun lambakan ini tidak berkait rapat dengan sektor pekerjaan yang kurang mengalami pertambahan.

Malahan, institusi pendidikan kini saban tahun menambah kursus baharu yang sektornya masih belum cukup berkembang di Malaysia. Ianya menyebabkan graduan tidak tahu apa pekerjaan yang sesuai dan apa yang mereka boleh kejar. Jadi mungkin boleh difikirkan isu lambakan ini adalah disebabkan kekurangan sektor pekerjaan berbanding lambakan kursus dan kemasukan.

Pekerjaan Yang Tidak Sesuai Dengan Bidang

Pada tahun 2018, mengikut Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) sebanyak 60 peratus graduan di Malaysia sedang menganggur. Ini menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena pada sistem di Malaysia. Ramai yang mengatakan ini berlaku disebabkan graduan yang terlalu memilih kerja namun jika dilihat sebetulnya, ramai juga graduan yang bekerja atas bidang yang bukan mereka pelajari.

via GIPHY

 

Jika anda seorang graduan kursus pergigian, adakah anda dikira memilih kerana bekerja di sektor penghantaran makanan? Ini permasalahan yang kita dapat lihat sekarang lambakan pekerja penghantar makanan adalah mereka yang mempunyai diploma dan ijazah dalam bidang yang berbeza. Mereka semestinya mempunyai impian mereka sendiri yang bukannya menjadi sekadar penghantar makanan.

Majikan Perlukan Graduan Berpengalaman dan Skill Tambahan

Graduan yang baru keluar dari institut pengajian pastinya tidak mempunyai pengalaman bekerja di dalam bidang yang mereka belajar. Namun majikan kini lebih cenderung memilih yang mempunyai pengalaman serendah 1 tahun di dalam bidang tersebut. Ini menyukarkan fresh grad sebabnya bila masa mereka boleh bekerja sedangkan mereka baru sahaja habis belajar.

via GIPHY

 

Selain itu majikan yang ingin kemahiran tambahan menyukarkan graduan untuk mendapat tempat. Kemahiran tambahan seperti mahir berbahasa Mandarin, pandai edit gambar dan sebagainya ini menyukarkan mereka yang mempunyai kemahiran yang berbeza. Kemahiran tambahan ini juga menyebabkan isu yang seterusnya dan sering di alami oleh graduan yang mula bekerja.

Isu gaji dan layanan berbeza

Kebanyakan graduan yang dapat bekerja tak mampu untuk bertahan lebih lama di dalam sebuah syarikat. Ini kerana mereka sering dilabel sebagai golongan yang tidak tahan stress dan lemah minda. Adakah perkara ini benar? Tepuk dada tanyalah diri. Perbezaan environment belajar dan bekerja adalah berlainan sama sekali. Untuk anda yang baru sahaja menamatkan pelajaran, anda perlu faham bahawa situasi sebenar di tempat kerja agak mencabar kerana syarikat-syarikat ini mempunyai banyak matlamat dan salah satu matlamat tersebut pastinya untuk mencari keuntungan. Dan untuk bertahan dalam sesebuah syarikat, anda perlu berjiwa kental dan bersikap lebih profesional.

Selain itu ada sahaja peluang pekerjaan yang mahu membayar gaji yang cukup rendah. Sehingga serendah RM1,500 sebulan bagi kelayakkan ijazah sarjana muda.

Penulis memahami kesukaran yang harus ditempuhi oleh golongan graduan yang baru sahaja menceburi dunia pekerjaan ini.  Semoga tabah ya!

 

Baca juga:

42% Hilang Kerja Sepanjang PKPB, Ini 4 Benda Anda Kena Tahu

Gaji Lumayan! 166 Gelandangan Sudah Dapat Kerja

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna