Isteri Tak Tahan Suami Minta ‘Main Belakang’ Jadi Punca Cerai

Tak ada wanita pun di atas muka bumi ini yang menyangka mahligai cintanya bakal hancur apabila rumah tangga mereka musnah di tengah jalan. Siapalah yang dapat menolak ketentuan Tuhan.

Jika memang sudah ditakdirkan jodoh dalam perkahwinan sudah berhenti sampai di situ sahaja, kita harus merelakan. Tapi, apakah sebabnya yang mendorong pasangan yang sudah berjanji untuk sehidup semati memilih bercerai dan membawa haluan masing-masing?

Hakim Syarie Terengganu, Wan Mohd Zakri Wan Mohd berkongsi data yang dilaporkan Majlis Sulh. Statistik pendaftaran untuk perceraian sejak 2015 hingga tahun lalu mencatatkan peningkatan. Dalam tempoh lima tahun itu, katanya, sebanyak 21,949 kes perceraian direkodkan dengan purata 4,389 kes setahun.

Punca utama penceraian

Sebab yang mendorong kepada penceraian boleh dibahagikan kepada dua jenis. Pertama ialah faktor utama penceraian manakala yang kedua ialah faktor lain yang mendorong penceraian. Bagi kategori utama, alasan yang selalu diberikan pasangan ialah tidak mahu serumah dengan mertua, suami atau isteri tak pandai melakukan seks, masalah kewangan, tiada persefahaman, atau suami hanya ingin memuaskan nafsu tanpa melakukan tugas sebagai ketua keluarga.

“Masalah kewangan juga antara alasan utama dalam permohonan cerai yang berpunca daripada sikap suami malas bekerja atau tiada pekerjaan.

“Selain itu, suami dilaporkan gagal memberi nafkah kepada isteri atau anak. Faktor terbabit saling berkaitan yang boleh membawa kepada punca lain dan begitulah sebaliknya,” katanya.

Punca-punca lain perpisahan

Selain itu, faktor lain yang menyebabkan penceraian ialah suami meliwat isteri atau melihat pasangan mereka saling membalas komen di laman sosial sehingga menyebabkan isteri percaya suami mereka ada hubungan sulit. Ada juga kes suami berjudi dalam talian dan syak wasangka terlampau isteri terhadap suami.

“Alasan lain perceraian ialah suami menjalinkan hubungan sulit, mencederakan isteri dan anak secara fizikal serta mental, menuduh isteri berzina tanpa bukti kerana syak wasangka, mengugut mencederakan keluarga dan tidak menunaikan kewajipan agama, termasuk tidak solat serta berpuasa, selain ketiadaan harmoni dan kasih sayang dalam keluarga,”

Poligami tak adil

Bukan itu sahaja, jika suami tidak membahagikan masa secara adil dengan isteri-isteri juga boleh menyebabkan penceraian.

“Turut dikesan, suami berpoligami tetapi tidak berlaku adil dari segi pembahagian masa dan kewangan kepada isteri; isteri tidak boleh menerima kehidupan berpoligami,”

Wan Mohd Zakri menjelaskan, pasangan paling ramai bercerai membabitkan golongan berumur antara 28 hingga 35 tahun.

Hidup berumah tangga memang ada pasang surutnya. Bertengkar sekali sekala memang perkara biasa. Jika masih ada ruang untuk berbincang sementara hati masih cinta, carilah jalan penyelesaian untuk mendamaikan gelora rumah tangga. Semoga mahligai cinta kita semua dilindungi dan bahagia selamanya.

 

 

Baca juga:

Dia Tonyoh Muka Kakak Dekat Kemaluan Dia,Ibu Tergamam Anak Dicabul Sahabat Suami

Aksi Ganas Atas Katil Bukan Sekadar Imaginasi

 

 

 

 

 

 

Sumber: Berita Harian

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna