Isteri Sukar Lahirkan Anak, Si Suami Sanggup Menari Di ‘Labour Room’

Saat nak melahirkan anak ni mesti perasaan anda bercampur baur kan? Ada rasa excited nak menerima kehadiran orang baru tapi dalam masa yang sama mesti ada rasa takut walaupun anda pernah mengalaminya sebelum ini. Pengalaman di labour room memang tak dapat dilupakan tambah lagi bila suami tercinta temankan anda, boleh kurang rasa sakit tu.

Tapi cerita kali ini bukan yang biasa-biasa tau, sudah tular di laman media sosial tentang seorang suami dari Hainan, China sanggup menari di labour room semata-semata untuk menghiburkan isterinya yang sedang sakit untuk melahirkan cahaya mata mereka. Alahai sweetnya! Suami yang di luar sana berani ke nak buat begitu pada pasangan anda? Haa jangan ada yang pengsan sudah hiks!

Image result for husband chinese dancing labour room

Sumber: mustshare

Wang tidak sanggup melihat isterinya yang  berusia 30 an mengalami nervous yang agak teruk kerana itu adalah pengalaman pertamanya menjadi seorang ibu. Dia juga meminta doktor untuk memberi isterinya suntikan epidural untuk mengurangkan sakit bersalin.

“Honey,let me dance for you! I’m sure you wont be in so much pain after watching me dancing” 

Sebaik sahaja dia berkata pada isterinya, haa tetiba secara tidak langsung datang pula idea kreatif untuk menjadi dance instructor di labour room. Dia terus bertindak dengan memasang musik dan menari tarian tradisional di hadapan katil bersalin.  Siapa sahaja yang tidak ketawakan bila melihat suami gigih menari di hospital memang berani habis!

Haa lepas saat-saat getir berlalu, berita baik diterima oleh Wang kerana bayi lelaki selamat dilahirkan dan isterinya juga turut berada dalam keadaan yang baik. Para suami di luar sana kalau dah tahu isteri nak bersalin tu, jangan sibuk dengan kerja pula. Beri mereka sokongan kerana mereka sangat memerlukan orang yang tersayang di samping mereka. Barulah isteri tak serik nak beranak lagi. Opps!

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna