Isteri Mengeluh Bila Suami Tolak Untuk Bersama, Mungkin Ini Sebabnya

Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan haa macam itulah ibaratkan bila suami diajak untuk bersama oleh isteri. Mesti laju je, biasalah lelaki kan sifatnya memang berkeinginan untuk melakukan hubungan intim begitu juga wanita. Tak salah jika wanita yang melakukan langkah pertama dalam hal ni. Baru Asyik!!! Eh, tapi apa perasaan anda jika ajakan tersebut ditolak suami?

Bayangkan betapa kecewanya hati seorang wanita apabila perlu menerima penolakan suami saat anda berasa ghairah dan berharap respons positif daripadanya. Bukan setakat hancur harapan tapi pasti berasa malu juga. Jangan bersedih sebagai seorang isteri, anda harus peka dengan perubahan pasangan anda dan tidak berprasangka buruk terhadap mereka. Cuba anda perhatikan faktor di bawah kerana mungkin ia adalah penyebabnya.

Image result for sick men

Sumber: mirror

Faktor Kesihatan 

Ada kalanya masalah kesihatan ini sering menjadi penghalang apabila anda ingin bersama dengan pasangan tetapi mereka tidak tunjuk dan membuat keputusan untuk mendiamkan diri. Walaupun pening kepala atau sakit perut ia sememangnya akan mengganggu untuk menumpukan perhatian terhadap nafsu untuk bersama. Jadi sebelum anda menerima ‘rejection’ lebih baik anda menanyakan dahulu kepada suami tentang keadaan mereka.

Hati Tersinggung

Ingat wanita je ke yang mudah tersinggung hati lelaki ni sebenarnya lebih cepat tersentuh berbanding wanita. Mungkin bagi sesetengah lelaki cara mereka untuk menunjukkan rasa tidak puas hati adalah dengan tidak melakukan hubungan intim bersama isteri. Jadi jaga-jaga ye!

Related image

Sumber: mun

Fungsi Seksual Terganggu 

Daripada kecundang lebih baik untuk tidak melakukannya. Haa, para wanita kena tahu lelaki sebenarnya akan berasa rungsing bila mereka tidak dapat menahan lebih lama sewaktu di ranjang. Jadi daripada rasa sebegitu, mungkin mereka mengambil keputusan untuk tidak melakukannya terus.

Biasalah setiap rumahtangga mesti ada pasang surutnya, jadi anda sebagai isteri kena pandai ambil hati suami. Mungkin anda boleh klik di sini untuk mengetahui tentang Teknik Kemut Yang Wanita Perlu Tahu Ketika Melakukan Hubungan Intim.

 

Keyword: Donna X Tulus

 

 

Sumber: sesalju 

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna