Isteri Hamil Memang Emosi. Ini Peranan Si Suami

Tak mengandung pun asyik emosi ini kan lagi jika mengandung! Ya, itu la uniknya kewujudan insan yang bergelar wanita atau perempuan.”

Wanita memang terkenal dengan sikapnya yang ‘sedikit’ emosi. Ini kerana wanita mempunyai hormon tertentu yang mudah menyebabkan mereka berubah perasaan. Sekejap-sekejap menangis, kemudian ketawa dan berubah pula ke duka. Begitu juga ketika disahkan berbadan dua, ramai ibu hamil menjadi tidak keruan apabila mula-mula mengandung. Ada pelbagai perasaan yang dirasai dan wujud ketika itu. Ini semua berlaku kerana kesan daripada perubahan hormon yang sedang berlaku dalam diri seorang ibu yang baru mengandung itu.

Sumber Foto: 123rf

Apabila hamil, perut wanita menjadi semakin besar, oleh itu ia akan menyebabkan si bakal ibu sukar mendapatkan tidur yang cukup. Berjalan juga semakin susah, bukan itu sahaja duduk yang terlalu lama juga boleh memenatkan. Masalah ini menyebabkan ibu hamil rasa tidak cukup rehat dan menjadikan mereka mudah melenting, walaupun hanya perkara-perkara yang remeh terjadi. Maka tanggungjawab si suami ketika ini sangat penting dan memahami perasaan isteri begitu sensitif.  Isteri yang hamil sangat memerlukan perhatian daripada suami tersayang.

Sumber Foto: 123rf

Kebanyakkan wanita yang sedang hamil merasakan pasangan tidak memahami perasaan serta kehendak mereka. Ada yang bertindak seperti kanak-kanak kecil dengan cara merajuk juga memberontak sampaikan si suami pening kepala dengan kehendak yang isteri inginkan. Ini ada tip untuk anda agar nampak hebat di mata si isteri.

 

  • Suami perlu sentiasa mengalah jika ada perselisihan faham yang berlaku dengan isteri sebelum masuk tidur. Pastikan isteri yang sedang hamil tidur dalam keadaan tenang bukannya bersedih.
  • Belai isteri dengan kerap tanda suami prihatin. Bukan masa ketika ingin dapat ‘upah’ di atas katil sahaja baru pandai untuk membelai isteri tersayang anda. Belaian boleh dimulakan dengan mengusap perut isteri, tunjukkan bahawa anda ambil peduli. Paling kurang, dakap dan peluklah mereka dari belakang dengan kerap.
  • Ringankan tugas isteri dengan membantu melakukan kerja rumah.
  • Tiba hari untuk menjalani pemeriksaan bulanan, teman isteri hamil ke klinik. Jangan beri alasan sibuk dengan tugas di pejabat. Sebagai suami anda harus sedar bahawa anak yang berada dalam kandungan isteri adalah zuriat kalian berdua.
  • Pengambilan diet pemakanan yang sesuai mampu mempengaruhi mood wanita hamil. Suami boleh mendorong isteri masing-masing dengan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan yang mencukupi.
  • Sekiranya anda seorang suami yang merokok, jauhi isteri dan kandungannya. Merokok tidak baik untuk kesihatan ibu hamil dan anak dalam kandungan.
  • Jika isteri hamil mengidam untuk makan sesuatu benda, anda boleh tunjukkan usaha untuk mendapatkannya. Ia sudah cukup menggembirakan walaupun balik dengan tangan kosong.

Sepanjang tempoh isteri hamil, beri pujian kepadanya mengenai rupa dirinya yang baru. Ini dapat meningkatkan kenyakinan dirinya sendiri akan perubahan bentuk badannya sedang pesat berlaku. Kerap ulangi kata-kata cinta dan berterima kasih terhadap dirinya kerana mengandungkan anak anda.

 

 

Sumber: timang.com.my

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna