Isteri Derhaka Punca Daripada Suami?

Tipulah rumah tangga yang terbina sentiasa harmoni dan tak ada gaduh. Chup! Bukan nak kata mereka yang bina masjid akan ada kesan buruk terhadap perasaan dua pasangan. No! You guys kena faham bila berada dalam fasa perkahwinan, persefahaman antara dua insan sangat diperlukan.

Ingat! Isteri itu adalah cerminan suaminya. Jika seorang suami gagal membentuk dirinya untuk menjadi seorang yang sabar, merendahkan egonya, bercakap lembut, ketepikan kuasa veto dan buang sikap negatif, secara tak langsung isteri dan anak juga ikut ‘bentuk acuannya’.

via GIPHY

What you give you get back. 

Itu yang timbul isu isteri derhaka pada suami. Bercakap kasar, suka melenting, tidak boleh bersabar, bercakap ikut emosi walhal puncanya dari suaminya sendiri. Kita petik ayat mat saleh, what you give you get back. 

Maksudnya, jika seorang suami melayani isteri baik pasti baiklah layanan dari isteri. Lagipun, kalau kita layan kawan kita macam tidak elok, mereka pasti akan layan kita lebih teruk dari itu. Formulanya mudah saja!

Nak isteri baik, jadi suami baik. Nak isteri rajin, jadi suami yang ringan tulang bantu isteri buat kerja rumah. Nak isteri dengar kata, suami pun kena dengar kata dan hormat isteri tapi, dengar kata bukan bermaksud suami kena jadi ‘pak turut’ tapi perlu berfikiran rasional.

Sumber: oyo

Nasihat dari UAI…

Kalau dah tahu diri tu salah, ubah sikap dan terima teguran. Manusia tak sempurna. Semua orang pasti ada buat kesilapan, itu gunanya pasangan. Saling menegur dan melengkapi.

Menurut penceraham bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI) dalam satu ceramahnya dengan tajuk tentang isu isteri suka cakap kasar dengan suami adalah, seorang suami perlu kesabaran yang tinggi untuk mendidik seorang wanita yang telah kita pilih untuk jadikan isteri.

Anda boleh dengarkan ceramah dari UAI menerusi video berikut untuk penjelasan yang lebih jelas.

Bermuhasabah terhadap peranan yang dimainkan setakat ini sama ada sebagai isteri, atau suami, ibu bapa atau anak dan cuba memperbaiki ke arah yang lebih baik.

Firman Allah SWT bermaksud: “Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri kamu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (berasa) benci kepada mereka (kerana tingkah lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya) kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedangkan Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak untuk kamu.” (Surah an-Nisa, ayat 19)

Semoga bermanfaat!

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Penjelasan Ustazah Asma Tentang Kentut Faraj & Solat

Bukan Kerana Orang Ketiga Tapi Disebabkan Mertua Musnah Rumah Tangga Wanita Ini

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: YT

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna