Isteri Derhaka Jika Enggan Berpoligami? Suami Patut Baca Perkongsian Ni

Apa nak kahwin lain?!

Nak berpoligami? Isu ni memang sangat sensitif pada kaum wanita, walaupun ianya sunnah yang ditinggalkan oleh Rasulullah tapi ia bukanlah sesuatu perkara yang mudah dan boleh dibanggakan. Wanita mana yang sanggup berkongsi kasih suaminya bersama wanita lain?

Jika tanya mana-mana wanita, pasti jawapanya TIDAK! Berilah intan permata atau wang ringgit ramai wanita melarang dan enggan untuk berpoligami. Secara fitrahnya wanita dengan perasaan cemburu memang tak dapat dipisahkan kerana itu mereka sangat takut untuk berkongsi kasih dengan orang lain.

Image result for kawin lain

Sumber: adam

Adakah Anda Menjadi Isteri Derhaka Sekiranya Enggan Berpoligami?

Untuk membicarakan tentang isu ni, Ustaz Ebit Lew berkongsi sebuah kisah dimana seorang lelaki ini pernah mengadu kepada ustaz tentang isterinya enggan untuk berpoligami. Bapa kepada tiga orang anak tersebut mendakwa isterinya telah derhaka kerana tidak menerima keputusan dan hak dimana lelaki boleh kahwin empat.

Kalau tak solat masuk neraka, tapi kalau suami tak berpoligami mereka akan masuk neraka ke?

Cuba anda fikir sejenak, semua orang ingin masuk ke syurga. Kadang-kadang apa yang anda pilih lebih utama dan adakah seorang suami tergamak untuk melihat isterinya masuk ke neraka hanya kerana derhaka di atas perbuatan pasangan sendiri. Jika suami terpaksa menceraikan isteri itu sudah cukup menunjukkan mereka tidak mampu.

Suami yang mencintai isteri kerana agama tidak akan pernah menghukum isterinya derhaka selagi dia tak menduakannya. Cuba maafkan si dia diatas kekurangannya yang cemburu. Ia boleh diibaratkan seperti mana seorang ibu yang baik tidak akan memberi hukuman derhaka pada anaknya.

Ingat! Poligami bukan hanya melibatkan satu pihak bahkan tiga orang. Ia sebenarnya adalah perkara mulia dan kemuncak taatnya seorang wanita. Namun kaum wanita juga perlu faham bahawa poligami adalah perkara yang halal dan mulia. Berbincang dan cuba terima hakikat dengan hati yang lapang.

 

Untuk artikel yang lebih menarik, anda boleh klik link di sini :

Vagina Kering Punca Hubungan Intim Semakin Hambar?

Pakai Alatan Ini Ketika Hubungan Intim Terbukti Lebih Nikmat!

 

 

 

Sumber: baituljannah

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna