Isteri Alif Satar Mahu Alif Jadi Penyanyi Nasyid?

Penyanyi Alif Satar, satu nama yang tidak asing lagi dalam dunia seni. Lebih-lebih lagi, apabila lagunya bersama Shila Amzah berjudul Selamanya Cinta menjadi OST sebuah drama meletop tempoh lalu. Bakat yang dimiliki cukup hebat! Mana tidaknya penyanyi, pelakon dan pengacara, semua dia bolot!

Terbaru, penyanyi berusia 29 tahun itu telah memuat naik sebuah video di laman instagram miliknya. Video tersebut menunjukkan Alif sedang membuat rehearsal menyanyi lagu berjudul Sesungguhnya bersama kumpulan nasyid lejen iaitu Raihan di atas pentas. Wah! Semua jenis lagu boleh bawa! Berdarah seni betul Alif ni!

Berdasarkan kapsyen Alif, sejak kecil lagi dia meminati lagu Raihan dan kini impiannya menjadi kenyataan apabila dapat berduet dengan kumpulan Raihan. Tidak cukup dengan itu, posting tersebut telah dibanjiri sebanyak 2 ribu komen dari pengikutnya! Wow! Suara Alif bawa lagu nasyid mesti sedap!

Tapi, bukan suara Alif yang menjadi perhatian Donna sebenarnya. Apa yang menarik perhatian Donna adalah komen isterinya iaitu Shadila Hadid yang meminta suaminya menyanyikan lagu nasyid lebih banyak lagi disertakan dengan emoji mata love. Gituu permintaan isteri Alif!

Seperti biasa, Alif mendapat pujian daripada wanita-wanita di luar sana selepas mendengar suara Ailf bernasyid. Mereka mengatakan suara Alif membuat hati mereka sebak dan bulu roma mereka meremang.

 

Ha, lepas ni boleh la keluarkan lagi single berkonsepkan ketuhanan pula kan? Bestnya!

Sumber: instagram Alif

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Comments

    • Shah
    • 10 May 2019
    Reply

    Alif ia lah saorang yg multi talented.. Tak bosan mengikuti persembahan beliau samada PENGECARAAN, LAKONAN mahu pun NYANYIANNYA… SYABAS ALIF

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna