Isi Durian Mengkar? Jangan Buang! Kita Buat Cekodok

1 beg plastik Rm30! Ha.. Tak payah timbang. Mari beli kak, bang! Durian murah murah…”

Kepada penggemar durian, pantang je dengar jualan durian yang murah-murah. Mesti singgah memborong punya. Sekarang ni susah nak dapat buah durian yang murah. Kalau timbang mesti sekali dengan kulit durian yang isinya entah elok entah tidak.

Iyalah, kadang memang kita tengok isi dekat hujung pangsa elok je tapi bila dekat rumah, kita buka semua mesti ada yang isi mengkar. Ruginya lahai… Nak buang sayang, nak makan tawar-bawar pula!

via GIPHY

Jangan dibuang isi durian yang mengkar tu. Manfaat seboleh yang mungkin isi raja buah tu dengan bancuh buat buat cekodok durian. Ha.. Mesti ada pembaca Donna pelik, macam mana buat cekodok durian? Goreng sekali dengan biji sekali ke? Ha, jom ikut resipi yang kami kongsikan ni…

Bahan-bahan:

  1. Isi durian yang mengkar dikupas dari bijinya.
  2. Gula 10 sudu besar
  3. Garam 2 sudu kecil
  4. Tepung
  5. Air masak dan air panas 1 cawan

Cara penyediaan:

  1. Isi durian mengkar yang sudah diasingkan dari bijinya di campurkan bersama kesemua bahan di atas.
  2. Gaulkan sehingga pekat dan sebati. Agak-agak boleh buat cucur tu, onz je!
  3. Pastikan isi durian yang mengkar tu, di hancurkan. Jangan biarkan ia berketul besar-besar.
  4. Gorengkan di dalam minyak yang panas.
  5. Hidangkan!

Warna dan bentuk sama seperti cekodok pisang yang biasa kita buat tu tapi rasa dia lebih padu! Nak lagi sedap, gula kena banyak. Lagi manis, lagi sedap. Iyalah, isi mengkarkan. Perasa durian dah ada, manis durian tu, kita tambahkan dengan gula.

Kalau nak guna isi durian yang lembut, berlemak tu ha lagi bagus sebab rasa dia akan lebih sedap dan berlemak. Mudah je kan? Selamat mencuba! Untuk bacaan artikel yang lebih menarik, anda boleh klik saja senarai artikel di sini: Eh Betul Ke Makan Durian Boleh Tingkatkan Kesuburan? , Resipi Manisan Paling Mudah Di Dunia

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna