Internet ‘Free’ Mulai 1 April! Ini Cara Nak Dapatkan Data Anda

Berita gembira untuk anda yang resah tak cukup duit nak beli top-up. Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin sudah pun mengumumkan bakal memberikan peruntukan internet khas percuma bernilai RM600 juta kepada rakyat Malaysia sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan.

Tak kisahlah apa jenama sim mudah alih pasca bayar atau prabayar, anda berhak mendapatkan  data internet dengan kelajuan sebanyak 1GB secara percuma.

Apa yang lebih menarik ialah, syarikat telekomunikasi ada menawarkan macam-macam pakej untuk pelanggan. Ha, menarik bukan? Jadi, mari kita tengok macam mana cara nak tebus data percuma anda.

Maxis

Bagi pengguna Maxis,  anda boleh tebus Internet di antara jam 8 pagi sehingga 6 petang. Tapi boleh guna internet bila-bila masa yang anda mahu.

  • Aplikasi MyMaxis – Klik “Get More Data” –> pilih “Free 1GB/ Day Pass” di bawah “Time Based Pass”
  • Aplikasi MyMaxis Biz – Klik “Get More Data” –> pilih “Free 1GB/ Day Pass” di bawah “Time Based Pass”
  • Aplikasi Hotlink RED – Klik banner utama –>  pilih “Free 1GB/ Day Pass”. Anda juga boleh aktifkan data ini menerusi  tab ‘Shop’

UMobile

Bagi pengguna UMobile pula, anda boleh tebus sekitar jam 8 pagi sehingga 6 petang. Tapi anda kena pastikan dulu yang talian anda aktif. Penebusan hanya boleh dibuat sekali sahaja dan anda anda akan menerima jumlah data sehinggalah PKP tamat. Nak semak baki data, boleh check dail dekat 1186# untuk prabayar atau 1187# untuk pascabayar.

  • *118*6*7# untuk pengguna prabayar
  • *118*7*6# untuk pengguna pascabayar

Celcom

Menarik bagi pengguna Celcom sebab tak payah susah-susah nak buat penebusan. Ini kerana data percuma ini akan diberi terus dalam akaun anda setiap hari. Tapi, data ini hanya boleh diguna dari jam 8 pagi sampai 6 petang dan bagi akan dihapus serta merta dan tak boleh bawa ke hari berikutnya.

Internet hanya boleh guna untuk kegunaan domestik sahaja. Boleh semak bagi data anda di sini:

  • *118*1*1*2# untuk pengguna prabayar
  • *118# untuk pengguna pascabayar

Digi

Lain pula untuk pengguna Digi.

Data ini boleh digunakan antara jam 8 pagi hingga 6 petang dan penebusan boleh dibuat menerusi aplikasi MyDigi. Selain itu, mana – mana pelanggan prabayar Digi yang menambah nilai RM10 dan keatas layan menikmati Internet serta panggilan percuma seperti berikut :

  • Panggilan percuma selama 5 minit + 300MB Internet dengan tambah nilai RM10 hingga RM29.99. Sah selama 3 hari
  • Panggilan percuma selama 15 minit + 1GB internet dengan tambah nilai RM30 dan ke atas. Sah selama 7 hari.

Selain daripada itu, Digi turut memberikan akses percuma selama 1 bulan untuk pusat pembelajaran digital, jomstudi. Selain itu, pelanggan juga boleh membeli akses percuma 1 selama bulan untuk UPSR dan kurikulum SPM di Classruum dengan hanya RM1.

YooDo

YooDoo boleh dikatakan memiliki tawaran data percuma yang menarik apabila pengguna boleh menggunakan data ini tanpa had pada bila-bila masa sahaja. Ia akan dikreditkan ke dalam akaun ada bermula 30 Mac lagi.

Data percuma ini akan ditambah pada baki data sedia ada – sebagai contoh, jika pelan pengguna mempunyai data sebanyak 15GB, ia akan memaparkan‘16GB daripada 15GB’ sejurus menerima data 1GB tersebut. Menariknya lagi, data yang tidak habis digunakan akan dikumpul sehingga pelan anda luput/diperbaharui.

Unifi Mobile

Berita baik lagi! Unifi Mobile kini menawarkan pas hotspot 999GB LTE secara percuma dan penawaran ini telah dilanjutkan sehingga 14 April 2020. Ia tersedia untuk semua pengguna unifi Mobile Postpaid (unifi Mobile 99, webe RM79 & unifi Mobile Pek Jasa ) dan unifi Mobile Biz Postpaid (unifi Mobile Biz 99 & unifi Mobile Biz 79).

Pengguna tidak perlu membuat sebarang penebusan kerana ia diaktifkan secara automatik. Untuk langganan baru, pas ini akan tersedia dalam akaun selepas sehari pengaktifan. Manakala, pelanggan sedia ada pula, ia akan ditunjukkan dalam akaun terkini.

Tune Talk

Data Internet percuma sebanyak 1GB turut tersedia untuk semua pelanggan Tune Talk atau Mitra termasuk keahlian baru ataupun sedia ada.

Data ini diaktifkan secara automatik selepas pengguna melakukan penebusan menerusi mesej. Ia hanya boleh digunakan setiap hari antara jam 8 pagi hingga 6 petang sepanjang tempoh PKP. Paling penting, para pelanggan perlu memastikan akaun mereka adalah aktif bagi menikmati penawaran percuma ini. Untuk menebus, ikuti langkah mudah di bawah :

  •  Akaun perlu aktif (Tambah nilai & dapatkan kredit tambahan sebanyak 20%)
  • SMS STAYHOME dan hantar ke talian 2222
  • Notifikasi akan dihantar untuk setiap pengaktifan yang berjaya

Ha, lepas ini anda bolehlah gunakan kemudahan yang kerajaan beri ini untuk saling telefon keluarga di kampung. Boleh juga gunakan kemudahan ini untuk tengok video resepi atau tonton ceramah agama. Jangan membazir tau!

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Amanz

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna