Instafamous Cekik & Bakar Dua Orang Anak Dakwa Tidak Mampu Menyara Mereka

Selebriti Instagram atau dikenali sebagai Instafamous adalah individu yang mampu memperolehi pendapatan yang tinggi hanya dengan memuat naik foto aktiviti seharian sahaja.”

Malah, apabila anda semakin dikenali ramai, ia lebih mudah untuk menghasilkan pendapatan dengan membuat iklan berbayar menggunakan laman sosial sendiri. Disebabkan itu, di Malaysia sendiri melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri telah mula mengejar si instafamous agar turut bersama-sama membayar cukai seperti pekerja lain.

Berlainan pula di Moscow seorang instafamous dan juga seorang ibu, Elena Karimova mendakwa tidak mampu menyara dua anaknya hingga mendorongnya membunuh darah daging sendiri.

Sumber Foto: Dailymail 

Kanak-kanak malang berusia empat dan dua tahun itu dicekik Elena sebelum mayat dibakar hingga rentung untuk menghapuskan bukti.

Sumber Foto: Dailymail 

Perbuatan instafamous ini dikecam ramai kerana mendakwa Elena mengamalkan gaya hidup yang mewah serta glamor, mustahil dia mempunyai masalah kewangan. Dia juga dikatakan mampu membelanjakan sekitar 470 paun (RM2,501) hanya untuk menyewa kereta selain gemar melancong ke luar negara. Elena mempunyai hampir 30,000 pengikut di Instagram dan mendapat pendapatan dengan mempromosikan perniagaan kosmetiknya.

Sumber Foto: Dailymail 

Sebelum saat dia berniat membunuh anak-anaknya, Elena sempat singgah di sebuah kedai serbaneka untuk membelikan mereka coklat. Perbuatan Elena itu telah dirakam oleh kamera litar tertutup.

Sumber Foto: Dailymail 

Menurut pihak berkuasa, Elena dipercayai mencekik mati anak lelaki bongsunya, Suleiman terlebih dahulu dan kemudian si anak sulung perempuan bernama Khadizha. Dia melakukan perbuatan tersebut di dalam kereta yang disewa di bahagian tempat duduk belakang sebelum membakar mayat mereka di kawasan hutan di Nizhny Novgorod.

Bagaimanapun, dia menyimbah air untuk memadamkan api selepas bimbang orang ramai melihat asap dihasilkan. Elena kemudian mengambil semula mayat rentung itu dan meninggalkannya semalaman dalam kereta sebelum membawanya pula ke sebuah bangunan pada keesokannya. Bangunan berkenaan turut dibakar, dan mayat ditemui bomba yang memadamkan api.

Sumber Foto: Dailymail 

Elena telah ditahan atas tuduhan bunuh dan kes terbabit akan dibicarakan di mahkamah tidak lama lagi.

Sumber Foto: Dailymail 

Ketika disoal siasat, Elena memberitahu polis, dia menghadapi masalah kewangan selepas bercerai dengan suaminya yang menyebabkannya melakukan perbuatan kejam itu. Katanya, dia tidak mampu lagi menyara anak-anaknya itu dan kesal dengan apa yang berlaku.

 

 

 

 

Sumber: Dailymail 

Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna