Inilah 5 Perkara Wajib Patut Anda Ajar Sebelum Anak Berusia 10 Tahun

Ada bermacam jenis ibu dan ayah di dalam dunia ini. Ada yang terlebih penyayang sampai anak anda tidak pernah melakukan satu kerja rumah pun. Semuanya anda yang urusan atau bibik dekat rumah yang sediakan. Sebenarnya memberikan pendedahan awal kepada anak anda bagaimana melakukan kerja rumah sangat penting. Ia bagi memastikan mereka boleh berdikari dan menambah keyakinan anak anda.

Mungkin anda tak tahu sebenarnya anak anda hebat dan boleh melakukan sesuatu di luar jangkaan anda. Jadi, berikut adalah beberapa skill yang sepatutnya anak anda sudah boleh lakukan sebelum mencapai usia 10 tahun. Ingat tau, skill ini anak lelaki dan perempuan pun kena tahu.

Dobi

Apa kata anda ajar anak anda cara untuk menguruskan pakaian mereka. Bermula dengan memperkenalkan dengan cara mengumpul bau kotor di dalam bakul, bawa ke mesin basuh, kenalkan dengan sabun basuh dan cara gunakan mesin basuh. Mesti anak anda teruja lihat pakaiannya berpusing dalam mesin buat pertama kali.

Tanam pokok

Ambil biji benih mana-mana pokok. Ajar mereka benda asas macam mana nak korek tanah dan tanam biji benih itu. Kemudian biarkan si manja anda siram pokok dengan kuantiti yang tidak terlalu banyak.

Siapkan makanan simple

Ajak anak anda ke dapur dan ajar mereka cara menyediakan makanan yang mudah. Tak kisahlah sama ada untuk membuat air atau makanan. Ajar anak anda untuk bancuh air, milo, atau buat ice blanded dekat rumah sendiri. Bagi makanan pula, ajarlah mereka untuk masak nasi, sediakan sarapan atau goreng telur. Penting juga untuk ajar anak anda basuh sayur dan potong buah.

Cara rawat luka

Menjadi kanak-kanak membuatkan anda akan akan selalu mencuba perkara baru. Kadang tu sampai luka-luka dibuatnya. Jadi, ajarkan anak anda perkara asas bagaimana nak letak kapas di atas luka kemudian letak ubat dan gunakan plaster luka. Pastikan dekat rumah anda ada peralatan ini tau.

Basuh bilik air

Kebersihan sangat penting ya. Ajar anak anda bagaimana nak cuci bilik air. Sental semua kotoran agar jubin bilik air tak berlumut. Perkara sama juga perlu dilakukan untuk mangkuk jamban dan singki tempat gosok gigi. Lepas ini, mesti mereka tak akan campak berus gigi atau barang mandian sesuka hati.

Sebenarnya ada banyak lagi perkara yang anda boleh ajar kepada anak-anak. Apa salahnya besarkan anak anda menjadi seorang yang bijak menguruskan diri sendiri dan bantu ibu ayah untuk buat kerja rumah betul tak?

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Parents.com

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna