Ini Yang Anda Boleh Belajar Dari Rancangan Netflix Terkenal ‘Tidying Up With Marie Kondo’

Kalau anda jenis penonton tegar Netflix dan suka mengemas rumah, mesti anda dah pernah dengar rancangan “Tidying Up With Marie Kondo” yang sangat boleh membantu menguruskan rumah dengan lebih teratur.

Siri Netflix tersebut sebenarnya diangkat daripada buku bestseller tulisan pakar mengemas Marie Kondo dalam bukunya bertajuk The Life-Changing Magic of Tidying Up yang menggunakan teknik ‘KonMari’.

Teknik ‘KonMari’ adalah teknik yang membuatkan penonton membuat keputusan dan mempertimbangkan adakah barang yang ingin disimpan itu spark joy atau tidak. Ia adalah perkataan yang berkali-kali diulang oleh Marie Kondo setiap kali mengajar penonton menyusun barang.

BACA: Selain Karaoke, Ini 9 Cadangan Aktiviti ‘Indoor’ Sepanjang Musim COVID-19

Cuba visualize sebelum kemas barang

via GIPHY

Kalau anda perasan, setiap episod sebelum Kondo memulakan teknik mengemasnya, dia akan meminta kita untuk membayangkan apa yang ingin dikemaskan.

Ia termasuklah membayangkan perasaan setiap kali masuk ke dalam rumah. Soalan itu sebenarnya sangat penting untuk memberikan semangat  mengingatkan diri kenapa anda nak mengemas sesuatu tempat.

Kenal pasti barang-barang

via GIPHY

Satu lagi benda penting yang Kondo ajar ialah anda kena sentuh barang-barang korang supaya sedar diri betapa banyaknya barang selama ini. Kemudian, barulah buat pertimbangan barang mana yang patut disimpan dan mana yang perlu dibuang.

BACA: 5 Idea Warna Cat Ruang Tamu Lebih ‘Hidup’ Dan Mewah!

Fokus apa yang diperlukan

via GIPHY

Ada satu episod di dalam siri ini apabila Rachel bertanya kepada suaminya:

“Bila kali terakhir awak pakai T-shirt lama ini?”

Tapi Kondo kemudian menegur Rachel dan berkata dia hanya perlu fokus kepada barang dan bajunya sahaja. Bukan barang orang lain.

Jujur pada perasaan

via GIPHY

Ha! Jangan terkejut. Kondo juga ajar cara macam mana nak jujur dengan perasaan. Anda kena kenal pasti adakah sesuatu barang itu memberikan joy atau tidak. Dengan ini, anda akan lebih  bersemangat kerana mempunyai alasan untuk menjaga dan menyusun atur barangan. Jika tidak, anda kena lepaskannya dan ucapkan terima kasih kerana pernah berjasa selama ini.

Hargai apa yang ada

via GIPHY

Setelah anda selesai pilih dan kemas barang-barang. Kondo juga ajar supaya kita menghargai  barang yang miliki. Selepas itu, cuba kenal pasti manakah barang yang memberikan nilai sentimental kepada diri kita.

Barang-barang bersifat sentimental ini akan memberikan aura baharu dan sumber kekuatan kepada diri kita. Sebab itulah, kalau kita tengok keseluruhan episod, Kondo tidak pernah judge seseorang untuk menyimpan apa-apa barang yang mempunyai nilai sentimental.

Semua orang tidak mungkin mendapatkan hasil yang sama dengan mengikuti cara yang dicadangkan Kondo. Namun, tidak mengapa. Setidaknya ia boleh membantu anda untuk enjoy melakukan sesuatu yang baru walaupun perubahan itu sikit dan kecil kan?

 

 

 

 

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna