Ini ‘Trick’ Terbaik Untuk Elak Tangan Nampak Tua Berbanding Muka

Berkedut dan berurat, oh no! Sudah menjadi fitrah wanita untuk kelihatan sentiasa cantik di hadapan orang lain namun kebanyakkan di antara anda yang lebih mementingkan penjagaan wajah daripada bahagian lain seperti tangan dan kaki. Anda perlu sedar bahawa kulit tangan juga adalah bahagian yang sering diberi perhatian dari sudut mata pandangan orang lain ketika bercakap dengan anda.

Sayanglah kalau muka dah cantik, putih gebu tapi tangan pula seperti orang dah berumur lewat,hiks! Jadi apa yang patut anda lakukan jika tak mahu ianya terjadi? Jom praktikkan rutin ini agar ia dapat membantu kulit tangan anda lembut dan cantik.

Image result for use hand cream

Sumber: skincare

Melembap

Ia sama juga seperti penjagaan kulit wajah, penting untuk anda sapu pelembap atau losyen tangan pada setiap hari agar kadar lembapan sentiasa berada dalam keadaan yang normal dan mengelakkan kulit tangan anda tidak terlalu kering. Gunakan hand cream untuk memastikan proses penuaan lambat berlaku dan jangan lupa untuk sapu sekali pada bahagian kuku anda.

Keringkan Tangan Yang Basah

Sebagai suri rumah, anda memang tidak pernah terlepas daripada melakukan kerja seperti membasuh pinggan dan mengemas rumah. Tangan anda akan sering terkena pada air, jadi untuk mengelak kulit anda kecut dan berkedut keringkan tangan dengan tuala selepas anda selesai melakukan sebarang basuhan.

Image result for hot water wash hand

Sumber: yourenergy

Elak Basuh Guna Air Panas

Tangan adalah bahagian yang sering terdedah kepada cahaya matahari dan air, pastikan anda mengurangkan penggunaan air panas ketika membasuh kerana ia akan menjejaskan kelembapan kulit.

Urut Menggunakan Krim Atau Minyak

Hey, tangan pun kena jaga dan dibelai sama macam muka juga tau! Urut tangan menggunakan minyak atau krim dengan pergerakan secara membulat agar ia dapat meredakan tekanan pada kulit tangan.

Tak susah pun sebenarnya jika anda tahu langkah yang betul untuk menjaga kulit tangan agar tidak kelihatan tua daripada usia sebenar.

 

Untuk artikel lebih menarik anda boleh klik link di sini :

Salah Pakai Produk Kecantikan, Boleh Bahayakan Bayi Dalam Perut

 

 

 

 

Sumber: wanista 

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna