Ini Tip Macam Mana Nak Pilih ‘Power Bank’!

Setiap kali nak telefon suami lepas habis kerja, mesti bateri mati. Mulalah suami marah sebab tunggu lama. Selain daripada cermin muka, power bank juga adalah item yang perlu ada di dalam beg tangan anda. Ia akan menjadi penyelamat kalau ada perkara urgent berlaku tiba-tiba.

Apa lagi kalau anda seorang yang selalu menggunakan telefon bimbit. Power bank memang sangat diperlukan. Ada juga kes yang tiba-tiba power bank meletup secara tiba-tiba. Ini pun bahaya juga.

BACA: Power Nap: Bukan Punca Kuat Tidur  Dan Malas

Jadi, dalam artikel ini, kami akan bincangkan apakah yang anda perlu tahu sebelum membeli power bank agar tidak menyesal di kemudian hari.

via GIPHY

Kapisiti power bank

Langkah pertama yang anda kena tahu sebelum membeli power bank ialah dengan mengetahui berapakah kapasiti yang diperlukan untuk sebuah power bank boleh jadi 1,000 mAh sehingga 120,000 mAh.

Ia juga bergantung kepada saiz telefon bimbit anda. Kalau ukurannya sebesar iPhone X, carilah power bank yang boleh mempunyai kapasiti sehingga 2500-3500 mAh.

Ukuran 

Biasanya semakin kecil saiz telefon, semakin kecil power bank yang diperlukan. Tapi ada juga syarikat yang mengeluarkan saiz power bank yang lebih kecil dengan kapasiti lebih besar. Anda kena pastikan betul-betul.

Teknologi

Ada power bank yang nampak macam sama tapi teknologinya berbeza. Contohnya teknologi seperti pengisian cepat yang memungkinkan aliran tingkat tinggi melalui USB membuatkan kapasiti bateri terisi dengan cepat. Ada juga power bank yang mempunyai passthrough charging. Maksudnya, anda hanya perlu letakkan telefon di atas power bank tanpa perlu menggunakan USB.

BACA: Suami Boleh Lakukan 5 Perkara Ni Bila Isteri Kaki & Shopping

Port

Anda juga perlu mengetahui berapakah bilangan port yang disediakan oleh power bank anda. Ada yang menyediakan satu hingga dua port yang tersedia di power bank.

Jenis bateri 

Power bank biasanya mempunyai dua jenis bateri iaitu Lithium-Polyme dan Lithium-Ion.

Baterai Lithium-Polymer mempunyai kepadatan energi yang lebih tinggi, tetapi cenderung memiliki umur yang lebih pendek dan juga lebih mahal.

Lithium-Ion pula memiliki kepadatan energi yang sedikit lebih rendah, tapi dapat menahan kitaran pengisian  yang lebih banyak dan selalunya lebih murah.

Jadi, sebelum nak memutuskan membeli power bank yang tahan lama. Ini adalah beberapa perkara yang anda mesti tahu. Bukan apa, bila kita dah beli power bank yang berkualiti, secara automatik kita akan terhindar daripada terus membeli yang baharu sehingga menyebabkan pembaziran. Jadilah pembeli yang bijak!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna