“Ini Soal Akidah…” – PU Azman Terang Hukum Main ‘Filter’ Angkat Keranda Ada Salib

Tik Tok, Instastory dan kepelbagaian filter di Instagram menjadi pilihan utama kebanyakan orang ramai berhibur sepanjang musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Iyalah, dah banyak masa terluang kat rumah, main media sosial je lah jawabnya.

Antara hiburan yang popular di kalangan orang ramai adalah filter menukar muka empat orang lelaki berkulit hitam mengangkat keranda yang mempunyai tanda salib kepada muka si permain. Pada mereka yang masih tak tahu apa yang kami maksudkan, jom lihat video berikut.

Bukan bahan hiburan…

Berikutan itu, Pencetus Ummah (PU) Azman tampil menerangkan tentang hukum menggunakan filter ini memandangkan ramai yang membuat ‘meme’ empat orang lelaki berkulit hitam dari negara Ghana mengangkat keranda sambil berjoget-joget.

“Saya pun main TikTok, saya pun berseronok juga main filter tukar-tukar muka ni tapi kalau dah tukar muka dekat filter yang ada lambang salib dekat keranda saya rasa itu bukan satu hiburan lagi kerana seolah-olah mengagungkan agama lain,” terangnya menerusi IG Live.

Hukumnya…

Tambahnya lagi, walaupun sekadar filter tapi bila ada tanda salib, maka hukumnya boleh jatuh haram kerana seolah-olah mengangungkan akidah agama lain. Lagipun, keranda bukan boleh buat satu bahan lawak kerana sepatutnya kita semua jadi takut dengan akhirat.

Penerangan lebih jelas…

Nak dengarkan lagi penjelasan lebih mendalam jom dengarkan video berdurasi 2 minit PU Azman.

Harap penerangan dan perkongsian kami ini memberi manfaat untuk semua orang terutama pembaca kami yang bergama Islam. Lepas ni kita semua kena lebih berhati-hati dalam memilih corak hiburan.

Jangan sampai terpesong akidah. Pastikan elak bahan hiburan atau lawak yang berkaitan dengan simbol salib atau simbol agama lain, okay? Selamat beramal!

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Apa Hukum Vaksin Dalam Perspektif Islam?

Beza! Rupanya Ada Cara Khas Nak Uruskan Jenazah Pesakit COVID-19

 

 

 

 

 

Sumber: yt

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna