Ini Senarai Penuh Pemenang & Video Eksklusif Ragam Finalis Pada Malam Pentas AJL 33

Baru sahaja berakhir persembahan hebat dan meriah Anugerah Juara Lagu 33 (AJL 33) di Axiata Arena, Bukit Jalil dengan pertaruhan 12 buah lagu yang berentap secara sengit. AJL 33 tahun ini sekali lagi membuat kejutan apabila menyaksikan lagu Haram ciptaan Hael Husaini & Ezra Kong dipersembahkan oleh Hael sendiri dengan gabungan hebat Dayang Nurfaizah dinobatkan sebagai Juara Lagu 33.

Pemenang membawa pulang trofi serta wang tunai bernilai RM50,000. Berikut merupakan senarai penuh para pemenang di AJL33. Tahniah buat semua finalis!

Juara (Hael Husaini & Dayang Nurfaizah – Haram)

Naib Juara (Ara Johari – Bunga)

Tempat ketiga & Vokal Terbaik (Misha Omar – Sampai Bila)

Persembahan Terbaik (Sufian Suhaimi – Di Matamu)

Tapi, apa yang terjadi di sebalik pentas AJL33 tadi? Ha, Donna akan kongsi bersama anda reaksi daripada beberapa  finalis kegemaran anda sebelum dan selepas membuat persembahan.

Khai Bahar

Khai yang agak nervous menantikan masa untuk melakukan persembahan pertama.

Jaclyn & Siti Nurdiana

Ha, sempat lagi Nana dan Jack panaskan vokal sebelum beraksi!

Syamel

Apa-apa pun, doa tu penting. Ketika ini Syamel sedang membaca doa sebelum melakukan persembahannya.

Amylea & Kaer

Ini persediaan terakhir Amylea sebelum beraksi. Touch up selagi boleh!

De Fam & Penari Latar

Kata-kata semangat itu wajib sebelum ke pentas akhir AJL33!

Nabila Razali

Persembahan tambahan pun kena gempak tau!

Siti Sarah

Siti Sarah yang kelihatan nervous tapi bila di pentas, she just nail it!

Ara Johari

Tudia Ara sebelum melakukan persembahan. Minum air itu penting ya!

Sufian Suhaimi

Sufian Suhaimi yang kelihatan gembira selepas melakukan persembahan.

Misha Omar

Misha Omar kelihatan tenang sebelum melakukan persembahannya, tapi dalam hati, Tuhan sahaja yang tahu kan.

Itulah ragam dan senarai pemenang untuk AJL kali ini. Pertandingan cukup sengit, meriah dan bertenaga dari kesemua penyanyi finalis AJL33. Tahniah buat semua pemenang. Semoga AJL akan datang lebih meriah dan penuh dramatik! Buat semua finalis, anda adalah pemenang di hati Donna. Githew!

 

 

 

 

Sumber: TV3 Malaysia

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna