Ini Sebab Orang Migrain Tak Boleh Minum Ais!

Cuaca dekat Malaysia ini kadang kala tak menentu. Kadang hujan, kadang terik betul. Bila cuaca dah panas macam tu, mulalah kita dahaga nak minum air sejuk apalagi kalau anda banyak habiskan masa di luar rumah.

Tapi, perlu anda tahu bahawa air berais ini sebenarnya tak semuanya baik. Kadang ia boleh membahayakan tubuh. Ada beberapa keadaan dan situasi yang kita sebenarnya disarankan agar tidak minum air. Nak tahu bila? Jom baca!

Migrain

Sakit kepala memang selalu dialami banyak orang. Ketika migrain menyerang, anda disarankan agar tidak minum ais kerana ia akan membuatkan sebahagian kepala anda sakit. Pendek kata, kalau kepala tengah sakit, jangan minum ais sebab ia akan membuatkan sakit kepala lebih parah.

BACA: Rupanya 4 Gaya Rambut Ini Boleh Buat Anda Sakit Kepala! Patutlah!

via GIPHY

Badan boleh tak stabil

Kalau mengikut kepada adat kuno masyarakat Tiong Hwa, minum ais dikatakan menyebabkan ketidakstabilan badan. Sebab itulah banyak air yang disajikan mesti air panas dan bukannya air sejuk. Tapi, tak ada lagi penjelasan ilmiah tentang ini.

Tapi ada juga kajian lain yang membuktikan bahawa minum ais ini elok tau. Contohnya sebuah pemerhatian yang melibatkan 45 lelaki aktif yang bersukan dan minum air sejuk rupanya boleh mengurangkan haba menyebabkan mereka boleh berlatih lebih lama.

BACA: Rimas Kulit Kepala Masih Berkuping? Guna Tip Ini Untuk Hilangkannya

Minum air berais juga katanya boleh melancarkan pencernaan dan membantu meraih berat badan ideal kerana ia dapat membakar kalori lebih banyak.

via GIPHY

Tapi, kena ingat juga. Minum air putih sahaja tak akan bantu kurangkan berat badan. Anda kena makan secara teratur untuk meraih berat badan yang ideal.

Apapun, anda disaran tidak minum ais jika sedang mengalami selesema, demam atau sedang sakit tekak kerana boleh menyebabkan kesan yang lebih buruk, okay?

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Kompas

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna