Ini Sebab Najib Razak Suruh Malaysia Belajar Dari Korea Selatan Urus COVID-19

Dukacita apabila satu lagi nyawa terkorban akibat penularan wabak COVID-19 menjadikan jumlah kematian mencecah 16 orang di negara kita. Namun, kementerian dan para petugas media tak patah semangat dan masih lagi memikirkan apa sahaja cara yang boleh dilakukan bagi membanteras virus ini.

Rakyat Malaysia pula dilihat bersatu padu mempromosikan kempen #StayAtHome. Nampaknya usaha itu menjadi apabila statistik menunjukkan 90 peratus rakyat Malaysia mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan. Syabas!

BACA:Kreatif! Selebriti Malaysia Berganding Bahu Sebarkan Mesej #JustStayHome

Sementara itu, angka penularan masih lagi meningkat. Kita memerlukan lebih banyak idea tentang bagaimana cara untuk menghadapi gelombang kedua Koronavirus. Bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak ada memuat naik status di Facebook mencadangkan agar kerajaan Malaysia mencontohi gerak kerja yang dilakukan Korea Selatan sehingga negara itu mencatatkan penurunan kes jangkitan Koronavirus tanpa mengawal pergerakan penduduk.

 

Sumber: Facebook Najib Razak

“Setakat ini, Korea Selatan sudah membuat lebih 300,000 saringan berbanding 15,196 saringan di Malaysia.

Saya tetap berpendapat bahawa saringan percuma secara besar-besaran patut dijadikan prioriti utama kerajaan Malaysia.

Sumber: NST

Kerana saya percaya kos untuk memberi saringan percuma kepada sesiapa yang mahu diuji memberi pulangan jauh lebih besar berbanding langkah-langkah lain yang diambil oleh kerajaan.

Saya juga percaya bahawa melaksanakan saringan besar-besaran adalah antara langkah paling efektif untuk melawan Covid,” katanya.

BACA: Crack Habis! Dinosaur Pun Keluar Beli Barang Dapur

Najib juga mengatakan usaha untuk menjalankan saringan kepada penduduk Malaysia bukanlah sesuatu yang mustahil kerana kos setiap saringan menurun kerana semakin banyak syarikat memperkenalkan kit ujian COVID-19 yang semakin murah dan mudah digunakan.

Saranan Najib kepada kerajaan ialah:

1. Terus berusaha untuk mengurangkan kos saringan serta masa untuk membuat setiap saringan.

2. Meningkatkan kapasiti untuk membuat saringan dan memudahkan cara rakyat mendapat saringan.

3. Berpakat dengan rangkaian syarikat perubatan swasta untuk bersama-sama memberi saringan percuma tanpa syarat kepada setiap orang di Malaysia (termasuk orang asing tanpa kira mereka ada permit atau tak ada permit) yang ingin diuji sebab mereka percaya mereka mungkin terdedah kepada risiko Covid.

Sumber: Asia News

4. Memberi jaminan bahawa sesiapa yang dikehendaki kuarantin diri secara mandatori di rumah sendiri atau di pusat kuarantin kerajaan selepas diuji akan dibantu dari segi kewangan dan bekalan makanan serta barangan keperluan dalam tempoh kuarantin.

Dan sesiapa yang melanggar tempoh kuarantin ini akan dipenjarakan.

Bila ditengok balik, ada asasnya juga cadangan ini. Namun, kita kena percaya dengan kapasiti kerajaan untuk memikirkan apakah yang paling terbaik untuk rakyat dalam keadaan dan ekonomi semasa.

Apapun, sebagai rakyat, marilah kita masing-masing untuk tenang dan jangan panik. Lakukan social distancing seperti yang dicadangkan kementerian. Kita mampu memenangi peperangan COVID-19 ini bersama-sama.

 

 

 

 

Sumber: Facebook Najib Razak

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna