Ini Sebab Mengapa Berat Badan Turun Mendadak Ketika Anda Mengalami Tekanan

“Kenapa aku tengok dia tu makin kurus je”

Bercakap sahaja tentang depression mungkin ramai yang sudah tahu bahawa ia adalah penyakit mental yang melibatkan seseorang itu akan berasa sedih dan lemah sepanjang masa. Ia mungkin disebabkan tekanan kerja atau sebarang masalah peribadi yang menganggu minda anda sehingga ia membuatkan anda akan berfikir jauh dan takut akan sesuatu perkara yang belum terjadi.

Tapi perasan tak selalunya anda mahu pun rakan-rakan yang lain apabila mengalami tekanan pasti berat badan akan turun mendadak. Rasa sedih,tiada mood dan tidak bersemangat adalah perasaan yang sering kali terjadi apabila anda berasa tekanan. Kebarangkalian untuk berat badan anda turun adalah meningkat kerana terdapat beberapa perkara dan situasi yang mungkin mendorong ianya berlaku tanpa anda sedar.

Image result for stress women

Sumber: we care 

Mengapa Berat Badan Turun Ketika Stres?

Waktu Tidur Tidak Menentu 

Apabila anda berada dalam keadaan risau atau kemurungan kebiasaanya anda akan mengalami kesulitan untuk tidur. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh American Dietetic Association, pembakaran kalori semasa waktu anda tidak boleh  tidur lebih banyak berbanding anda semasa anda tidur. Kombinasi kalori ketika anda tidak boleh tidur disertakan dengan tekanan akan menyebabkan ianya lebih banyak pembakaran kalori berlaku.

Kesan Ubat Anti- Depression 

Kalau anda mengalami tekanan yang kritikal pasti anda akan menggunakan ubat untuk sebagai penyelesaian yang mudah untuk mengatasinya. Tetapi anda perlu tahu bahawa sesetengah ubat mengandungi bahan  selective serotonin reuptake inhibitor yang mampu memberikan kesan berat badan kepada konsumer.

 

Pengambilan Makanan Yang Berbeza

Satu kajian telah dijalankan oleh University of Maryland Medical Center bahawa tahap kemurungan dan tekanan sering kali dikaitkan dengan tubuh badan manusia. Apabila ia mula mempengaruhi pemikiran anda maka secara tidak langsung seseorang itu akan bertindak dengan membuat keputusan untuk tidak makan kerana dalam minda mereka hanya tertumpu kepada masalah tersebut. Maka berat badan seseorang itu akan turun secara mendadak.

Ramai yang menganggap bahawa penyakit kemurungan atau kebimbangan adalah penyakit biasa dan memandang enteng. Jaga-jaga apabila berat anda menurun kerana kemungkinan badan anda tidak cukup nutrisi yang baik. Elak stres dan ambil waktu untuk bersama dengan orang yang tersayang.

 

 

Untuk artikel lebih menarik, anda boleh klik link di sini :

Bimbang Sepanjang Masa, Gangguan Tidak Normal

 

 

 

 

Sumber: hellosehat & nationalgeographic

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna