Ini Sebab Kenapa Ramai Gagal Dapat Bantuan Sara Hidup (BSH)

Seperti semua orang sedia maklum, pada 24 Julai lalu kerajaan telah melaksanakan pengagihan duit bantuan Bantuan Sara Hidup (BSH) fasa ketiga.

Namun, ramai yang gagal dan mula rasa tak puas hati sedangkan pendapatan bulanan mereka kurang dari RM4,000. Haih! Apa dah jadi ni?

via GIPHY

Cuba semak kelayakan dulu…

Rilek guys! Mesti ada sebab kenapa untuk status BSH anda tidak layak. Jangan cepat melenting! Jom semak 11 sebab kenapa pihak LHDN menolak status permohonan anda.

  1. Berpendapatan melebihi RM4,000 sebulan.
  2. Menetap di luar negara
  3. Pasangan bukan warganegara,  ibu bapa tunggal, janda atau duda yang tidak mempunyai anak.
  4. Gagal mengemukakan dokumen sokongan semasa membuat permohonan.
  5. Memiliki dua atau lebih perniagaan milikan tunggal.
  6. Memilik Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT).
  7. Pemegang saham atau pengarah syarikat.
  8. Memiliki kenderaan dalam negara melebihi 2,000cc.
  9. Memiliki kenderaan luar negara melebihi 1,400cc.
  10. Memiliki motosikal melebihi 500cc.
  11. Transaksi milikan hartanah melebihi RM500,000.

Sumber: cariangoogle

Macam mana pula kalau nak buat rayuan?

Jika anda tidak tergolong dalam salah satu sebab di atas, anda boleh pergi ke wesbite ini, https://bsh.hasil.gov.my/ atau hadirkan diri di mana-mana pejabat Lemabaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dengan membawa beberapa dokumen.

  1. Salinan Kad Pengenalan Pasangan.
  2. Surat Status Perkahwinan.
  3. Salinan Kad Pengenalan.
  4. Penyata Gaji Terkini.

Bagaimanapun, tempoh untuk melakukan permohonan rayuan BSH 2020 pula akan mula dibuka semula pada 7 Ogos hingga 6 September 2020.

Semoga mereka yang layak, akan dapat bantuan yang disediakan.

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Purdah & ‘Face Mask’, Sama Ke?

Duit E-Penjana Dah Masuk Dalam E-Wallet! Jom Cash Kan

 

 

 

 

 

 

Sumber: kerjakukini

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna