Ini Sebab Kenapa Anda Tak Boleh Tidur Dengan Rambut Basah

Waktu kecil dulu, bukan main mengamuk lagi kalau kita nak panjat katil dengan rambut basah. Selagi tak kering, jangan harap boleh landing atas katil. Sebenarnya apa yang mak-mak cakap mungkin ada betulnya. Mengikut kata orang tua-tua, seseorang boleh masuk angin kalau rambut basah.

Tapi sebenarnya, apa yang anda dengar sejak kecil itu hanyalah mitos semata-mata. Tak ada lagi apa-apa kajian yang membuktikan kebenaran itu. Ada beberapa jenis rambut yang memang sensitif  untuk dibawa tidur dalam keadaan basah.

Berikut adalah beberapa perkara yang mungkin terjadi sekiranya anda mempunyai hobi tidur dengan rambut basah.

Rambut rosak

Tidur dengan rambut basah boleh menyebabkan kerosakan. Kulit kepala akan terbuka dan menyebabkan rambut anda mudah rapuh. Apa lagi kalau anda jenis yang tidur bertukar-tukar posisi.

Dijangkiti kulat

Selain kulit kepala yang berisiko dijangkiti cendawan, tidur dengan rambut basah juga akan menyebabkan bantal juga boleh dijangkiti kulat. Ia juga membiak dan menyebabkan jangkitan sekiranya anda mempunyai sistem kekebalan tubuh yang lemah.

Sumber: Thainews

Cara jaga rambut

Pakai minyak kelapa dapat melindungi rambut dari kerosakkan. Minyak kelapa boleh mengurangkan jumlah air. Namun, anda sebaiknya mengeringkan rambut sebelum tidur untuk mengelakkan tekanan pada rambut.

Bukan itu sahaja, ada juga beberapa kajian mengatakan tidur dengan bantal sutera lebih baik untuk kulit kepala. Ia akan mengurangkan geserakan dan kerosakan rambut.

Sumber: Eat this, not that

Rambut yang sihat dan cantik akan memberi keselesaan dan keyakinan kita kita semua. Walaupun kita berhijab namun ia bukanlah alasan untuk biarkan rambut kepam dan busuk tau. Lepas ini, sama-sama kita jaga rambut agar kekal cantik dan wangi.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: CNN Indonesia

Tags: , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna