Ini Sebab Kenapa Anda Perlu Bawa Keluarga Bercuti Ke Adelaide

Setiap malam lepas pulang dari kerja, cuba perhatikan muka anak-anak, adakah anda sanggup melihat mereka membesar tanpa perhatian daripada ibu bapanya? Walaupun pada zaman kini anda sedang bertungkus-lumus kerja siang dan malam  untuk memberikan yang terbaik buat keluarga,apa kata anda ambil masa untuk berehat sekejap dari dunia kerja yang kadangkala melelahkan sehingga mereka terabai dan kurang mendapat perhatian.

Bukan hanya anak-anak tetapi pasangan anda juga turut sama, agar hubungan kekeluargaan dapat dieratkan lagi. Pejam celik sekejap je kita sudah berada di pertengahan tahun, dah plan ke belum untuk bawa anak-anak bercuti pada musim akhir tahun nanti?

Apa kata percutian kali ini anda dan anak-anak terbang ke Australia, sebab Donna akan kongsikan tempat best dan sesuai untuk bawa keluarga berjalan. Tunggu apa lagi jom tengok senarai tempat di bawah!

Adelaide Central Market

Buat para ibu tak perlu lah lagi pening dekat mana nak cari bahan memasak dekat Australia. Haa sebab di Central Market anda boleh dapat pelbagai bahan masakan yang dijual di sana. Bukan itu sahaja tempat ini telah ditubuhkan pada tahun 1869 dan menjadi rumah kedua buat penggemar makanan dan chef. Apa yang lagi menarik, di sini juga adalah sebagai tempat berkumpul untuk bersarapan bersama kawan dan keluarga.

Perkampungan German Hahndorf

Related image

Bila dah pergi bercuti dengan keluarga, tak lengkap kalau takda family photo kan? Suasana dan pemandangan yang indah di Hahndorf ini terletak di Adelaide Hills. Ia merupakan perkampungan bagi imigran Germena yang melarikan diri ke Adelaide.

Haa jangan ingat nampak bangunan lama je buruk, tapi di sini mereka masih memelihara keindahan bangunan lama ala German, bagi mak-mak yang suka posing tu sini lah tempat paling sesuai. Tak lupa juga buat anak-anak, mesti nak beli something dekat kawan-kawan beli pergi melancong, haa jangan risau sebab bangunan-bangunan lama yang anda nampak tu telah dijadikan sebagai kedai yang menjual pelbagai barangan cenderahati.

Wilungga Farmers Market

 Image result for willunga farmers marketSumber: wilungga

Kalau dekat Malaysia, mesti anda dan keluarga dan sering pergi ke pasar malam atau uptown untuk membeli barang yang murah di sana. Tapi di Australia, Wilungga Town Square adalah pasar yang dibuka pada Sabtu pagi bermula jam 8-1230 tengahari haa jadi seronok lah jalan-jalan waktu bagi dengan cuaca yang tak begitu sejuk, sangat santai. Lebih daripada 80 penjual membuka kedai masing-masing dan menjual barangan yang rata-ratanya segar daripada ladang. 

The Cube d’ Arenberg

Lepas dah jalan-jalan di pasar, tidak jauh dari Wilungga anda dan keluarga boleh pergi ke The Cube iaitu bangunan yang dibina berbentuk seperti kiub atau rubrik. Idea ini dicetuskan oleh seorang pembuat wine iaitu Chester. Walaupun bangunan ini terkenal dengan wine testing, tapi ia juga mempunyai geleri di bahagian bawah. Jika anda cuba pergi ke tingkat paling atas, anda akan dapat melihat keseluruhan pemandangan di situ kerana ia sangat tenang dan damai. 

Softfoot Alpacas, Hindmarsh Valley

Alahai comelnya haiwan ni… Haa kalau anda mempunyai anak yang ramai dan ingin merasai pengalaman berada dekat dengan Kangaroo, Koala dan Alpacas. Boleh ke Hindmarsh Valley kerana mereka mempunyai perkhidmatan private tour mengelilingi ladang mereka. Haiwan liar yang dijaga dibiarkan berjalan bebas dan anak-anak dapat melihatnya dengan lebih dekat.

Mungkin dengan percutian ini ia dapat membantu anak-anak anda meneroka sesuatu yang baru, siapa tahu? Bukan hanya pengalaman yang menyeronokkan, tetapi secara tidak langsung mereka dapat mengenali dan menambah ilmu pengetahuan ketika berada di sana. 

Morialta Bushwalk 

Ia adalah sebuah taman kira-kira 10 kilometer dari pusat bandar Adelaide. Mungkin dah penat berjalan dan shopping, tempat kali ini sangat sesuai untuk  beriadah bersama keluarga dan jangan risau kalau takut anak-anak anda main air atau berjalan di sana kerana ia sangat bersih.

Anda boleh membawa anak-anak melihat air terjun. Bukan sahaja memiliki pelbagai spesis pokok, tapi ia juga dapat melihat koala tidur di atas pokok. Mesti cute kan! Biasalah kanak-kanak ni sifatnya cepat bosan, tapi di sana mereka juga menyediakan tempat bermain untuk mereka. Sambil anda jalan sweet-sweet dengan pasangan tu, anak-anak boleh bermain.  

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna