Ini Rupanya ‘Trick’ Yana Samsudin Bila Anak Tantrum..

Biasalah drama berguling di hadapan orang ramai dan anak kecil sememangnya tidak dapat dipisahkan. Ini selalu terjadi apabila kanak-kanak memasuki usia setahun setengah hingga ke dua tahun.”

Bila ada permintaan yang tidak ditunaikan, mulalah aksi berguling dilakukan. Kadang-kala aksi mereka dimeriahkan dengan tangisan kuat yang juga agak kurang menyenangkan.

Sesetengah ibu bapa pasti merasa segan dan menggunakan cara yang salah untuk memujuk anak tanpa sedar. Janganlah segan, bukan anda seorang yang mengalaminya. Baru-baru ini, situasi sama dihadapi pelakon jelita Yana Samsudin dan ini rupanya yang dilakukan Yana untuk buat anak berhenti tantrum.

 

 

View this post on Instagram

 

Bila ko tahu anak tengah berdrama… . . Kami jadi penonton tiket paling mahal… . . Kihkih… Ok lah, @aisymateen start tantrum guling guling badan masa bulan puasa tahun lepas lagi masa umurnya 1 tahun setengah.. sedikit awal dari jangkaan untuk budak lelaki. 1st time masa tu kat expo Singapore. Dia guling guling sambil nangis.. nasib hall expo tu carpet.. masa 1st time dia jadi macam tu saya cepat cepat ambik video rakam aksi dia lepas tu terus suruh daddy dia bawa dia dari situ..huhuhu . . Ya, tipsnya bila anak tantrum. 1st : Jangan panik , enjoy the moment. Comel kot keletah dia, guling macam kipas helikopter kat lantai… paling penting ialah zaman kanak kanak anak kita datang sekali aja, lepas tu dia dah dewasa kita akan rindu zaman dia tantrum. . . 2nd : Layan layan sayang. Dia nak berdrama kita pun layan drama ler… hahaha tengok dia berlakon dan nangis macam nak runtuh banggunan. Kita kena jadi penonton tiket kelas A lah. Hahaha buat apa nak marah. Just bagi amaran dulu dan cakap dengan dia. Tanya dia apa yang dia nak… mungkin dia nak luahkan sesuatu. Nak sesuatu kita tak layan ke. Tapi ter emosi lebih tu yang guling guling tu. . . 3rd : Alihkan perhatian dia. Jangan biarkan dia lama lama berdrama. Ambik dia cepat cepat alihkan perhatian dengan cara bawa ke tempat lain. Peluk dengan penuh kasih sayang.Dan pandai cungkil perbualan dengan dia. Tunjuk apa yang dia suka. Automatik senyap punya, mood berubah dan dia akan mulakan perbualan punya. . . 4th : Seterusnya bila dia dah senyap, bagitau lah apa kesalahan dia, tanya dia kenapa buat macam tu. Terangkan situasi apa yang patut dengan dia apa yang fia buat tak betul kerana……… . . . 5th : Yang paling penting jangan ada rasa malu dan stress lah. Kenapa nak rasa malu orang pandang kita bila anak kita melalak.. lantak lah. Dia dulu pun pernah kecik juga kihkih… . . Ok lah anak kalian trantrum start umur berapa? #tipsbolehgunapakai #MateenDanMommy #yanalifehack

A post shared by Yana Samsudin (@yanasamsudin) on

Jangan panik , enjoy the moment

Comel kot keletah dia, guling macam kipas helikopter kat lantai… paling penting ialah zaman kanak kanak anak kita datang sekali aja, lepas tu dia dah dewasa kita akan rindu zaman dia tantrum.

Layan layan sayang

Dia nak berdrama kita pun layan drama ler… hahaha tengok dia berlakon dan nangis macam nak runtuh banggunan. Kita kena jadi penonton tiket kelas A lah. Hahaha buat apa nak marah. Just bagi amaran dulu dan cakap dengan dia. Tanya dia apa yang dia nak… mungkin dia nak luahkan sesuatu.

 

via GIPHY

 

Alihkan perhatian dia

Jangan biarkan dia terlalu lama berdrama. Ambil dia cepat-cepat alihkan perhatian dengan cara bawa ke tempat lain. Peluk dengan penuh kasih sayang.Dan pandai cungkil perbualan dengan dia. Tunjuk apa yang dia suka. Apabila moodnya berubah, anda boleh mualakan perbualan dengannya.

via GIPHY

Terang kesalahannya

Seterusnya bila dia dah senyap, bagitau lah apa kesalahan dia, tanya dia kenapa buat bergitu. Terangkan situasi apa yang patut dengan dia apa yang dilakukan tak betul dan mengapa.

via GIPHY

Jangan ada rasa malu dan stres  

Ini paling penting, kerana sesetengah ibu bapa merasa malu dengan kelakuan anak di hadapan umum dan memarahi anak pada waktu yang sama. Kenapa nak rasa malu orang pandang kita bila anak kita melalak sedangkan ia perkara normal bagi kanak-kanak, dan memarahi anak ketika sedang tantrum adalah tindakkan yang tidak bijak kerana ianya lebih memalukan diri sendiri tanpa sedar. Hiks!

Cara setiap ibu bapa dalam menjaga anak semestinya berbeza, bagi anda yang merasakan perkongsian Yana ini bermanfaat, selamat mencuba!

 

 

 

 

 

Sumber: Instagram

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna