Ini Rupanya Cerita Sebenar Bapa Yang Viral Gendong Anak Naik Motor

Baru-baru ini viral apabila foto seorang bapa mengendong anak kecil menaiki motor yang berhenti di lampu isyarat dengan berpakaian seragam kerja sebagai ‘penghantar kurier’. Foto tersebut ternyata mengundang sebak dan simpati orang ramai dek kerana kesungguhan si bapa yang sanggup berkorban demi menjaga anaknya.

Pelbagai andaian timbul apabila melihat foto tersebut dan akhirnya seorang netizen berjaya mendapatkan maklumat lanjut daripada sebuah syarikat lalu menghubungi lelaki tersebut dan bertanyakan sendiri cerita sebenar mengenai fotonya yang tersebar.

Rupanya ini yang berlaku kepada lelaki tersebut, dia juga tidak mahu orang ramai tersalah anggap dan memohon maaf di atas jika ada yang tersalah faham.

Berikut adalah antara perbualan mereka menerusi aplikasi Whatssapp:

Pengguna Twitter yang mahu dikenali sebagai Adam telah menghubungi lelaki tersebut dengan niat untuk membantu  menyalurkan derma.

Lelaki penghantar kurier yang bernama Muhammad Ikhram ternyata agak segan apabila gambarnya menjadi viral dan menjelaskan perkara sebenar yang terjadi.

 

Walaupun segan dengan apa yang berlaku, namun Muhammad Ikhram tetap merendah diri dan menerima bantuan yang ingin diberikan dengan penuh rasa bersyukur.

 

Ha, jangan main-main kuasa viral di Malaysia tau. Netizen Malaysia ni ramai yang prihatin, tidak pasti, terus bertanya kepada sumber yang betul untuk tahu cerita sebenar. Budaya ini lah yang kita mahukan!

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: ATMology

 

 

Tags: , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna