Ini Reaksi Siti Nurhaliza Bila Sherry Alhadad Ajuk Panggilan Aafiyah Di Pentas AJL33

Malam semalam pentas AJL33 di Axiata Arena, membawakan gandingan pengacara yang santai dan mantap iaitu Sherry Alhadad dan Alif Satar. Seperti biasa, dua individu ini tidak gagal memeriahkan malam AJL33.

Sumber: viralKL

Antara perkara yang mencuit hati orang ramai adalah Sherry Alhadad mengajuk lenggokkan cara penyanyi tersohor tanah air iaitu Datuk Siti Nurhaliza memanggil anaknya, Siti Aafiyah.

Usikan ini sampai ke telinga Siti ketika sedang menonton pertandingan itu di rumahnya dan dia menunjukkan dirinya geli hati dengan usikan Sherry menerusi Instastory miliknya.

Penyanyi lagu Anta Permana itu turut mention nama Sherry ketika sedang berlari di atas trademill dengan menulis ‘Geram dengan Sherry Alhadad’. Alahai Siti ni, cara geram pun comel tau!

Yang Sherry pulak ni nakal betul usik penyanyi legend Malaysia! Alif Satar dekat sebelah dah tak tahu nak cakap apa dah masa tu, hiks! Layankan je lah gelagat Sherry.

 

 

 

 

Sumber: Siti Nurhaliza

 

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna