Ini Rahsia Wanita Jepun Kekal ‘Slim’ Dan Muda Dari Usia Sebenar

Wanita Jepun sering terkenal dengan kecantikan rupa paras mereka yang mempunyai kulit licin dan putih. Bukan itu sahaja, masyarakat Jepun juga kebanyakkannya mempunyai bentuk badan yang ‘slim’ terutamanya golongan wanita. Mungkin anda sudah tahu mereka sering mengamalkan gaya hidup sihat, tapi apa agaknya rahsia sebenar sehingga membuatkan mereka kekal kelihatan kurus dan muda dari usia sebenar?

Bagi anda yang nak ekstra cantik, jom ikut petua di bawah!

Image result for teh hijau

Sumber: liputan

Minum Teh Hijau

Untuk memberi kesegaran pada waktu pagi, anda sering mengamalkan minuman panas, betul tak? Mungkin ada yang sudah terbiasa dengan minum kopi dan teh. Jadi apa kata anda mulakan hari anda dengan bertukar kepada minuman teh hijau. Ini kerana teh hijau mempunyai kandungan antioksidan tinggi yang mampu mengurangkan keradangan akibat daripada radikal bebas sehingga memberi kesan kepada tubuh badan.

Image result for kimchi

Sumber: kimchi

Amalkan Fermented Foods

Kalau dulu-dulu nak cantik dan kekal awet muda mesti kena amalkan petua makan jamu dan ulam-ulaman kan? Haa tapi bagi masyarakat Jepun mereka sering mengambil makanan yang diperam seperti kimchi, tempe dan kombucha. Ini kerana makanan yang diperam mempunyai nutrien yang bagus untuk menghasilkan enzim yang bermanfaat dan probiotik bagi tubuh badan anda.

Bukan itu sahaja, makanan yang diperam ni sebenarnya mengandungi vitamin B dan omega 3 yang bagus untuk proses penghadaman dan mengalakkan penurunan berat badan secara semulajadi. Lah, patutlah wanita Jepun kebanyakannya kurus-kurus.

Image result for jalan kaki

Sumber: IDN times

Berjalan Kaki

Perasan tak penduduk di Jepun kebiasaanya akan berjalan kaki tidak kira sama ada pergi ke tempat kerja atau sekolah. Disebabkan bandar-bandar mereka berhampiran, mereka lebih suka berjalan kaki atau naik basikal untuk ke stesen keretapi. Aktiviti ini bukan sahaja membantu menurunkan berat badan malah ia membantu meningkatkan tenaga dan mood untuk melegakan tekanan.

Haa dah tahu kan apa sebenarnya rahsia wanita Jepun, jadi tunggu apa lagi jom amalkan. Mana tahu lepas ni suami makin sayang! Untuk tahu lagi tentang tip-tip kecantikan, anda boleh klik link di sini, Usia Wanita Bukan Penghalang Untuk Kekal Cantik.

 

 

 

 

 

Sumber: kongxie

 

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna