Ini Rahsia Aiskrim Malaysia Lembut Dan Berkrim, Anak Anda Pasti Sukakannya!

Sebut je pasal aiskrim, mesti anak- anak suka betul tak? Biasalah zaman sekarang ni bila scroll je Facebook mesti akan nampak orang share gambar aiskrim malaysia. Bukan anak je yang suka, mak pun boleh kecur liur, hiks! Walaupun nampak caranya mudah tapi ramai yang masih lagi tidak tahu untuk menjadikan tekstur aiskrim tersebut lembut dan rasanya berlemak.

Nak tahu apa rahsianya, jom lihat di bawah!

Related image

Sumber: magicalip

Bahan-bahan

  •  1 Tin susu pekat manis
  •  1 Tin susu cair
  •  4 Tin air yang telah di masak
  • -Sedikit garam
  • 2 Sudu 1/2 tepung jagung
  • Choki choki (pes coklat)ikut kesukaan anda nak letak banyak mana
Cara Penyediaan 
  • Masakkan air,susu pekat manis dan juga susu cair sehingga mendidih.
  • Setelah mendidih,kecilkan api dan masukkan bancuhan tepung jagung untuk pastikan tekstur aiskrim menjadi lembut, kacau hingga sebati.
  • Masukkan sedikit garam untuk bagi aiskrim menjadi lemak.
  • Apabila selesai langkaha di atas jangan lupa tapis adunan tersebut. Biarkan sejuk untuk seketika sebelum di masukkan ke dalam plastik aiskrim atau boleh jika anda nak masukkan dalam bekas aiskrim.
  • Masukkan coklat di dalam plastik aiskrim dan picit bagi rata agar ia tidak berketul.
  •  Tuang bancuhan di atas ke dalam plastik dan siap! Jangan lupa letakkan dalam peti ais selama 6 jam untuk memastikan ianya dimakan sewaktu sejuk dan tidak cair. Anak anda pasti suka.
Haa mudah saja kan, lepas ni boleh buat stok aiskrim malaysia banyak-banyak dalam peti ais tak perlu lagi beli di luar kan dah jimat! Untuk lebih resepi yang lebih menarik anda boleh klik link di sini :
Sumber: aktifimtiyaz
Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna