Ini Persediaan Yang Kena Buat Kalau Malaysia Isytihar ‘Lockdown’!

Bayangkan jika perintah berkurung telah diberikan. Tapi bila buka sahaja peti ais, dekat dapur cuma ada susu dan pisang sahaja. Mulalah menyesal kenapalah tak baca artikel Donna awal-awal. Tapi jangan risau, perkara begitu belum terjadi lagi. Belum terlambat untuk lakukan persediaan tau.

Sepanjang perintah berkurung dijalankan, kita berhadapan dengan situasi di mana jalan-jalan sangat lengang dan beberapa pusat beli-belah ditutup. Kini, tiada lagi wayang, gym, pejabat atau taska untuk hantar anak-anak. Maka persediaan perlu dilakukan. Pastikan barangan di rumah untuk keluarga dan anak-anak anda mencukupi.

Berikut adalah antara senarai cadangan barangan keperluan untuk anda sediakan sepanjang perintah berkurung dijalankan.

Makanan

Ini benda wajib ada untuk pastikan anda tidak kebulur. Jika anda risau barangan basah tak mencukupi, pastikan anda buat plan B dengan beli makanan dalam tin. Kalau nak chill tengok Netflix dengan keluarga, boleh beli popcorn juga siap-siap. Waktu berkurung inilah anda jadikan masa yang sesuai untuk masak yang sedap-sedap dekat rumah.

Beras

Daging, ikan, ayam, telur

Makanan dalam tin (sardin, sambal, sup cendawan)

Buah

Mi/ Pasta

Roti/ Biskut

Sos/ kicap/jam roti

Barang penjagaan diri

Syampu, ubat gigi, sabun

Pad/ pantyliner

Deodorant

Ubat-ubatan

Tak kisahlah panadol ke, ubat batuk, ubat untuk alergik yang anda perlukan. Bukan itu sahaja, pastikan rumah anda ada hand sanitizer atau spray pembasmi kuman sebagai langkah pencegahan dan amalan kebersihan  dalam rumah.

Suplemen tambahan / Vitamin C

Mask, hand sanitizer

Thermometer

Barangan khas untuk anak

Board games, puzzles untuk luangkan masa bersama anak.

Susu 

Lampin pakai buang

Inilah antara barang asas yang kami boleh cadangkan. Jika anda mempunyai cadangan lain, mungkin boleh kongsikan di ruang komen.

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Comments

  1. Reply

    Semoga semua tak buat panic buying. Selamat berehat ye.

      • Ainaa
      • 17 March 2020
      Reply

      Yes betul, beli sekadar cukup untuk keluarga.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna