Ini Perkara Paling ‘Asyik’ Anda Boleh Lakukan Untuk Sambut Anniversary

Percaya atau tidak sesetengah pasangan memandang remeh soal sambutan ulang tahun perkahwinan masing-masing kerana merasakan ianya bukanlah sesuatu yang penting. Ada yang terpinga-pinga mengira angka jika ditanya secara spontan tarikh ulang tahun perkahwinan mereka. Eh, jangan begitu! Sebab pakar sendiri yang menyarankan pasangan untuk meluangkan masa menyambut anniversary ni tau. Ha, penting sangat ke?

Yang mana masih berfikiran ‘malas’ untuk menyambut anniversary tu, ini masanya untuk anda berubah! Polish dan kilatkan semula asmara cinta anda bersama pasangan dengan sambutan bermakna kerana ia adalah hari di mana anda berjanji dengan diri anda untuk mengabadikan komitmen seumur hidup bersama pasangan. Mari kenang semula, saat indah lafaz akad yang diucap suami ketika anda dilayan bak puteri ditata rias cantik, diraikan ramai..wow, manisnya cinta. 

Nampak ada yang dah berminat tu, hiks! Kadang-kala idea sambutan tidak perlu bermewah-mewahan. Jom lihat idea menarik di bawah: 

Idea surprise pasangan confirm jadi!

Elemen surprise dalam sambutan anniversary bagai tiada berpisah. Khas untuk anda yang jarang menyambutnya, gunakan kesempatan ini sebagai kejutan istimewa kepada pasangan. Wanita, jangan pernah ingat ini hanya ‘pekerjaan’ suami sahaja ya. Anda pun boleh beraksi, suami pun makin sayang…

Candle light dinner

Bila berbicara mengenai idea meraikan cinta, momen makan malam bersama tersayang dengan suasana romantis jangan pernah dilupakan. Makan malam berdua bersama pasangan diterangi cahaya lilin mampu menghangatkan kembali hubungan cinta di dalam rumah tangga. Setiap usia yang bertambah menjadi penanda aras anda dan pasangan berjaya menempuhi dugaan yang hadir sepanjang perkahwinan. Jika tidak mampu bermewahan di restoran luar, anda masih mampu menjadikan suasana di rumah sehebat mungkin dengan masakan sendiri dan hiasan sentuhan kreatif anda sendiri. 

Gunakan masa berdua-duan dengan pasangan untuk berborak mengenai saat pertemuan anda berdua. Atau mungkin hiburkan hati dengan menari bersama selepas usai makan malam. Sekali sekala lakukan perkara yang bukan kebiasaan, apa salahnya kan. 

Movie time!

Selalunya pasangan yang dah lama kahwin ni, jarang tonton movie bersama. Yelah, dari awal kahwin bila dah ada anak masa menonton wayang menjadi terhad kerana tidak semua tayangan wayang sesuai untuk kanak-kanak. Okay, untuk yang masih mempunyai anak kecil, minta kerjasama orang yang boleh dipercayai seperti keluarga untuk menjaga anak sementara anda dan pasangan menikmati saat indah menonton wayang berdua sambil berpegangan tangan macam mula-mula bercinta dulu. Asyik yuh!

Hiburkan pasangan shopping sakan seharian bagai tiada esok!

Shopping ni ibarat terapi buat wanita mahupun lelaki. Jarang orang buat, tapi kalau anda spoil kan pasangan anda dengan membawanya shopping sakan di hari ulang tahun perkahwinan, anda memang awesome! Tipnya, shopping sekali bersama taw, jangan biarkan pasangan berseorangan, barulah best!

Paling best, Parkson yang menyambut ulang tahun ke 32 juga ingin meraikan anda yang suka shopping tu, untuk menang contest menarik staycation di hotel Sheraton Petaling Jaya juga pelbagai gadjet terkini untuk dimenangi dengan hanya membeli belah di Parkson. Selain itu, anda juga boleh dapatkan pelbagai tawaran menarik dengan harga berpatutan. 

Sempena sambutan Deepavali pada Oktober ini, anda boleh dapatkan sampul duit berserta paper bag dengan pembelian RM180 dan ke atas dalam gabungan 2 resit.

Syarat pertandingan:

-Hanya pemegang keahlian Parkson Kad sahaja boleh menyertainya dengan berbelanja di Parkson.

– Dengan setiap pembelian Rm 300 menggunakan Parkson Kad, anda telah pun berjaya join peraduan ni.

– Anda boleh hantar sebanyak mana entri yang boleh untuk peluang menang yang lebih tinggi.

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna