Ini Pakaian Priyanka Chopra Waktu Bercuti Dengan Suami Di Miami

Setelah bergelar suami isteri semenjak Disember lalu, hubungan cinta pasangan pelakon popular Nick Jonas dan Priyanka Chopra semakin terus mendapat perhatian ramai.

Sehingga kini, hubungan Priyanka dan Nick kelihatan sangat bahagia dan menerusi laman Instagram miliknya, mereka sedang bercuti di Pantai Miami, Florida bersama adik dan bakal iparnya iaitu Joe Jonas dan Sophie Turner. Apa yang menarik perhatian adalah pakaian Priyanka ketika bercuti di sana. Simple dan versatile!

Antara pakaian Priyanka ketika di Miami…

Dengan menyarungkan bikini hijau gelap ketika di tengah pantai bersama Nick, Sophie Turner, Joe and Kevin Jonas, Priyanka kelihatan sangat seksi ditambah pula dengan kulit badannya sawo matang yang licin.

Pelakon Bollywood berusia 36 tahun ini turut menggayakan dirinya dengan memakai topi pantai, dress labuh berwarna turquoise dan kaca mata hitam berbingkai putih. Diva!

Priyanka main jetski pun nampak wow!

Kalau dah cantik tu, pakai apa pun mesti cantik! Okaylah, Donna nak pack baju pergi bercuti ala-ala Priyanka. Bye!

 

 

 

 

Sumber: india todayvogue

Tags: , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna