Ini Kisah Kehidupan Kate Middleton Sejak Dari Kecil

Sebut saja Kate Middleton, pasti satu dunia mengenali wanita cantik dan elegan ini. Lebih-lebih lagi Kate telah menjadi seorang isteri kepada Putera William, salah seorang kerabat diraja Britain. Kalau anda masih ingat lagi, sebelum ini Donna ada kongsikan bersama anda gaya penampilan Kate sepanjang tahun 2018 dan kali ini, Donna nak kongsikan sesuatu yang menarik bersama anda.

Pernah tak anda terfikir bagaimana kehidupan Kate sebelum bergelar isteri kepada Putera William? Adakah beliau juga dari keturunan mana-mana raja atau dari sebuah keluarga yang berada? Menurut laman sesawang Pop Sugar, corak kehidupan Kate sebelum menjadi ahli keluarga Duchess of Cambridge adalah berbeza dengan kehidupannya yang sekarang. Mana tahu, ada di antara pembaca Donna jadi isteri kerabat diraja suatu hari nanti.

Sumber: GH

1982

Kate Middleton atau nama sebenar Catherine Elizabeth Middleton dilahirkan pada 9 Januari 1982 di Reading Bershire, England. Bapanya, Michael bekerja sebagai seorang pemandu kapal terbang dan ibunya, Carole bekerja sebagai pramugari.

Anda boleh lihat gambar di bawah yang menunjukkan ibu bapanya sedang mengendong Kate yang ketika itu baru saja berusia 15 hari. Rupanya Kate hanya berasal dari keluarga yang biasa saja. Langsung tiada kena mengena dengan kerabat diraja.

Sumber: GH

1985

Selepas 3 tahun berlalu, sekitar tahun 1985, Kate membesar seperti kanak-kanak England yang lain. Comel, aktif dan sihat. Gambar di bawah ketika Kate dan keluarganya pergi becuti di Lake District ketika musim salji.
Pepatah Melayu ada berbunyi tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia, siapalah yang tahu. Ha, mungkin anda dilahirkan sebagai rakyat biasa, namun siapa tahu jodoh sebenar anda adalah bersama putera raja? Hiks.
Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna