Ini Kenapa Papan Pemotong Kayu Lebih Baik Berbanding Plastik

Sebagai seorang wanita yang memasak, sudah tentu kita menginginkan kelengkapan peralatan rumah yang memudahkan kita untuk memasak tanpa mengambil masa yang lama. Apalagi kalau kita wanita bekerjaya yang sememangnya tak ingin berlama di dapur.

Papan pemotong boleh dikatakan item wajib ada di dapur bagi semua orang. Anda disaran untuk memiliki dua papan pemotong iaitu untuk memotong daging dan sayuran. Ini kerana, jika anda menggunakan papan pemotong yang sama untuk kedua-dua bahan ini, ia boleh membuatkan makanan anda tercemar.

Bukan itu sahaja, anda disaran untuk menggunakan papan pemotong kayu berbanding plastik. Ini kerana jika anda menggunakan papan pemotong plastik, ia akan cepat calar dan terhiris seterusnya menyebabkan pencemaran makanan.

Cara nak cuci papan pemotong pun ada caranya. Cuci papan dengan larutan air sabun dan air suam. Kemudian, keringkan.

Pisau

Selain daripada papan pemotong, antara item lain yang wajib diberi perhatian ialah pisau. Sebenarnya antara pemilihan pisau terbaik ialah yang jenis seramik dan stainless steel. Ini kerana pisau jenis ini tidak akan mengubah warna makanan.

Cara nak membersihkannya pula senang sahaja, hanya cuci dan keringkan. Cuma, kami nak ingatkan agar pisau ini diasah setiap hari selepas digunakan.

Alat kukus

Ini ada satu lagi item yang kita selalu terlepas pandang iaitu alat kukus. Nak buat kek atau masak sayuran memang sesuai nak digunakan.

Cara nak bersihkan pula ialah dengan menggunakan berus yang sesuai untuk membersihkan kesemua bahagian.

Barang-barang di dapur, kalau boleh kita nak gunakan dalam jangka masa yang lama. Maka, sangat penting bagi kita untuk ambil tahu bagaimana cara penjagaan yang sesuai. Lepas ini, boleh la kongsikan ilmu ini kepada ibu mertua atau kawan-kawan pula.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Rasa.my

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna