Ini Cara ‘Travel’ Dengan Si Comel Ketika Perjalanan Jauh

Perjalanan jauh tak ku rasa. Eh esok dah raya! Haa cepat je masa berlalu, dah siap ke semua barang-barang untuk balik ke kampung nanti?Cuba anda check ada lagi tak persiapan yang tidak lengkap? Ada perkara penting yang mungkin anda lupa tambah lagi buat pencinta kucing.

Nak tinggalkan kucing anda di rumah atau hantar je dekat pet hotel? Sebenarnya ia terpulang pada setiap individu tapi anda perlu tahu bagaimana cara menguruskannya dengan betul. Kali ini Donna akan kongsikan bagaimana cara untuk anda travel bersama si comel ketika perjalanan jauh. Untuk memudahkan perjalanan pastikan anda membawa carrier agar kucing berada dalam keadaan tenang dan selesa di dalam kereta.

Related image

Sumber: freak

Kucing selalunya sudah terbiasa dengan bahasa command tuannya. Jadi apa kata anda bawa treats kucing agar lebih teruja untuk naik kereta. Kalau sebelum ni, anda tidak pernah lakukanya pastikan anda beri makanan ringan itu semasa mereka dalam carrier. Bila si comel dah selesa, baru lepaskan dan anda boleh meneruskan perjalanan seperti biasa.

Image result for travel with cats

Sumber: cattime

Bila ada kucing ni, sama je macam ada bayi betul tak? Keperluan lain yang anda boleh sediakan adalah bag khas untuk kucing. Untuk lebih mudah, anda boleh simpan makanan basah, kibbles dan selimut tambahan.

Image result for travel with cats

Sumber: chonday

Takut kucing muntah dan berak dalam kereta? Jangan risau, cara yang terbaik adalah ‘puasa’ kan kucing anda selama tiga hingga empat jam sebelum bertolak. Rancang perjalanan anda dengan rapi agar si comel dapat kencing dan buang air besar sebelum perjalanan. Bukan itu sahaja, anda juga boleh menyediakan pasir kucing scentless untuk menghilangkan bau di dalam kereta. Taklah pening kepala nanti!

 

Sumber: azhaniazhar

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna