Ini Cara Sebenar Nak Buat ‘Scrambled Egg’ Paling Sempurna

Tanyalah mana-mana ibu pun. Mereka semua setuju bahawa scrambled egg atau telur hancur adalah penyelamat sarapan pagi bagi ibu-ibu yang sentiasa sibuk. Sebelum pergi ke sekolah perut anak-anak mestilah nak diisi dulu, kan?

Mungkin anda dah pernah nampak banyak versi orang buat scrambed egg. Ada yang tambah air, ada juga yang mengolah dengan menambah campuran krim untuk mendapatkan telur yang ringan dan lembut.

BACA: Viral! Anda Juga Boleh Cuba Resepi Dalgona Coffee Sepanjang Duduk Rumah

via GIPHY

Tapi tahukah anda, sebenarnya cara itu tak 100 persen betul tau. Bukan air dan krim yang diperlukan untuk mendapatkan telur hancur yang sebenar. Rahsia terbesar yang diperlukan ialah baking powder.

Biasa kita dengar baking powder digunakan dalam makaan yang dipanggang. Ini kerana ia bekerja dengan melepaskan gelembung karbon dioksida ketika dipanaskan. Caranya, campur baking soda dengan telur dan pukul sebelum dimasak.

Gunakan 1/8 sudu teh baking soda untuk adunan dua butir telur. Ia akan membuatkan telur anda rasa lebih lembut. Panaskan mentega untuk mendapatkan rasa dan bau yang lebih wangi.

BACA: Tak Perlu Pakai Gelatin, Jom Cuba Resepi &Non-Baked Oreo Cheesecake& Ni Lagi Senang

via GIPHY

Masukkan adunan telur yang sudah dipukul dengan baking powder ke dalam kuali sehingga masak. Kalau nak tambah perasa, anda boleh tambah lada, garam atau oregano sesuai selera anda. Kalau anak anda tak suka, boleh sahaja anda hidangkan tanpa bahan tambahan.

Selepas mengetahui teknik rahsia untuk mendapatkan scrambled egg yang gebu dan sedap, mesti anak anda akan terkejut dan makan hidangan sarapan mereka sampai licin. Tak percaya? Cubalah!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: CNN Indonesia

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna