Ini Benda Yang Orang Kerja ‘Shift’ Malam Kena Tahu!

Tak semua orang memiliki waktu kerja normal, adakalanya kerjaya yang anda ceburi memerlukan anda bekerja shift pada waktu malam. Mereka yang bekerja pada waktu begini selalu dikaitkan dengan masalah kesihatan seperti sakit jantung, obesiti, peningkatan metabolisme badan dan kanser.

Ini kerana, bekerja pada waktu begini boleh menyebabkan gaya hidup anda berubah di samping mengurangkan kadar melatonin dalam tubuh. Jadi, untuk mengelakkan anda menjadi salah satu mangsa daripada penyakit yang dinyatakan, ada beberapa perkara yang anda boleh lakukan.

Atur balik pola tidur

Orang dewasa memerlukan masa tidur 7 hingga 9 jam setiap malam. Dengan bekerja shift malam, waktu tidur anda mungkin terganggu. Anda  diingatkan untuk tidak menunda waktu tidur setelah habis shift malam. Jangan makan, minum dan merokok sebelum tidur kerana ia boleh menyebabkan anda sukar tidur.

via GIPHY

Pastikan bilik anda berada dalam keadaan gelap dan tenang. Jika jiran anda sejenis suka bernyanyi riang-ria di waktu pagi. Apa kata anda gunakan penutup telinga agar ia tidak menggangu tidur.

Jaga pemakanan

Jika anda bekerja shift malam, anda mungkin mengalami sindrom metabolik  yang mendorong kepada obesiti akibat gangguan jam biologi tubuh. Maka anda perlu berhati-hati merancang pola pemakanan  dengan memilih makanan mudah cerna seperti roti, nasi, pasta, buah-buahan dan sayuran.

Elakkan makanan bergoreng, pedas, dan makanan manis yang boleh menurunkan tenaga anda dengan cepat. Anda juga diingatkan untuk minum secukupnya ketika sedang bekerja.

via GIPHY

Tidur siang

Apabila anda sudah berjaga dan bekerja di waktu malam, siang adalah waktunya untuk anda membayar hutang tidur. Anda digalakkan untuk tidur sekitar 20 hingga 45 minit. Ia akan membuatkan anda berasa lebih segar dan meningkatkan kekuatan otak.

Kurangkan minum kopi

Kebanyakkan orang akan minum kopi sebelum memulakan hari. Anda juga boleh melakukan demikian untuk membantu mengekalkan tenaga dan berjaga sepanjang malam. Namun, jangan terlalu berlebihan kerana ia boleh menyebabkan gangguan pencernaan dan masalah kejang otot.

Anda juga tidak digalakkan minum kopi 6 jam sebelum tidur agar ia bakal membuat anda terjaga dan mampu mengganggu tidur anda.

via GIPHY

Kalau anda rasa badan anda tak sedap kerana tubuh anda tak biasa dengan perubahan waktu jam tidur. Ambil lah cuti selama beberapa hari untuk membetulkan jam tidur anda. Bukan itu sahaja, gunakan waktu cuti sebaiknya seperti bertemu rakan-rakan kerana maklum sahajalah, sesiapa yang bekerja dalam waktu shift jarang ada masa berkumpul dengan kawan-kawan, kan? Selamat mencuba.

 

 

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna