Ini Apa Yang Ibu Bapa Kena Tahu Sebelum Bagi Anak Tonton Youtube

Zaman sekarang ini, kita tak boleh menidakkan peranan teknologi dalam kehidupan seharian kita termasuklah anak-anak. Kalau zaman kita membesar dulu, mungkin masa kita banyak diluangkan dengan bermain hujan atau lumba lari di kawasan rumah. Anak-anak kita pula lain pula ceritanya. Mereka terdedah dengan dunia teknologi di depan mata.

Anak-anak kita tak asing dengan akses seperti laman sosial dan juga video Youtube. Di sanalah mereka mendapatkan kawan, mempelajari sesuatu perkara baru dan juga mencari sesuatu yang boleh menghiburkan hari mereka.

via GIPHY

Namun, sebagai ibu bapa. Penting sangat untuk kita peka dengan perkembangan teknologi semasa. Banyak benda yang perlu diambil berat seperti berapa masa yang sesuai untuk anak anda menonton Youtube dan anda juga kena pantau apakah kandungan video yang dilayari oleh anak anda.

BACA: General Manager TM Turun Padang Lepas Video Pelajar UMS Viral Panjat Pokok

Bukan apa, ia bagi mengelakkan anda anak menjadi candu dengan Youtube dan paling penting, memastikan kandungan yang dipilih selamat dan membina minda.

via GIPHY

Jika anak anda menggunakan Youtube dengan betul, mereka boleh tambah pengetahuan terutamanya seperti apa yang dimuatnaik oleh di laman Youtube Kids. Mereka juga boleh belajar kosa kata baru dan menjadikan mereka lebih kreatif.

Namun, kalau tidak dipantau, anak anda mungkin terdedah dengan kandungan pornografi atau keganasan. Terlalu berlama-lama di hadapan skrin juga bukanlah hal baik kerana mereka kurang aktif dan bergerak.

BACA: TOP 5 Video Tentang Kesihatan TikTok Dari Pakar

Jadi ada dua perkara yang anda boleh lakukan untuk memastikan anak anda boleh melayari kandungan Youtube dengan sihat tanpa sebab anda perlu risau.

via GIPHY

Guna Youtube Kids

Kandungan di dalam Youtube Kids sebenarnya sudah disaring. Jadi, anda tak perlu risau jika anak anda akan terdedah dengan kandungan dewasa yang boleh menyebabkan mereka menjadi agresif.

Kaitkan dengan kehidupan nyata

Bagi memastikan anak anda tak addicted dengan dunia teknologi sahaja. Maka penting untuk anda mengaitkan apa yang ada di dalam video dengan keadaan di dunia nyata. Ia juga akan menyebabkan anak anda keluar dan melakukan aktiviti fizikal seperti kanak-kanak lain.

Baiklah! Itu sahaja tips yang Donna boleh kongsikan untuk kali ini. Tak salah untuk dedahkan anak anda dengan dunia teknologi cuma berpada-padalah. Okay?

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Kompas

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna