Ini 5 Cara Paling Padu Nak Buat Lelaki Jatuh Hati Dekat Kita!

Frasa perigi cari timba is so 60-an!  Zaman sekarang ini bukan senang nak jumpa lelaki baik dan sempurna di mata kita. Kalau dah jumpa, kena cepat-cepat dapatkan. Tak ada salahnya perjuangkan cinta. Biar kita dulu yang mulakan langkah. Apa salahnya.

Sebelum itu, anda kena pastikan dulu yang dia memang ada hati kepada anda. Jangan pula lafazkan perasaan secara tiba-tiba padahal anda baru dua kali berjumpa. Jangan gopoh. Sepanjang tempoh berkenalan, anda boleh perlahan-lahan memenangi hatinya.

Jom baca apakah yang perlu dilakukan supaya lelaki mabuk cinta kepada kita!

Kongsi rahsia

Tak semua orang kita selesa nak berkongsi rahsia. Kita akan ceritakan rahsia hanya kepada orang yang kita percaya sahaja. Jadi, secara tidak langsung, anda sebenarnya sedang memberi ‘hint’ kepada si dia yang anda memang mempercayainya. Kepercayaan inilah yang akan membuat anda lebih rapat dengan dia. Masing-masing saling berkongsi rahsia.

Sumber: Forummy

Buat dia rasa selesa

Buat dia rasa selesa untuk bercerita apa yang dilaluinya seharian. Jika dia menghadapi hari yang buruk, biarkan dia luahkan kepada anda. Tanyakan apa yang dia rasa atau pendapatnya tentang sesuatu perkara. Biarkan dia berpendapat walaupun berlainan pandangan dengan anda.  Ini tandanya dia sudah berani untuk menunjukkan sisi lain dirinya kepada anda dan tak perlu menjadi orang lain di depan anda.

Buat dia gelak

Keluar dari formaliti! Buat lawak dan biarkan dia gelak. Buatlah apa sahaja yang boleh buat dia bahagia. Biarkan dia menyedari bahawa kehadiran anda dalam hidupnya memberikan bahagia. Anda selalu menjadi sebab membuat dia bahagia.

Sumber: Tubefollow

Masak untuk dia

Bak kata orang tua, nak menang hati orang kena isi perut dia dulu. Jadi, masaklah apa-apa untuknya. Ia secara tak langsung akan mengeratkan hubungan anda bersama-sama. Masak untuk orang ini memerlukan keikhlasan dan ingatan kita tentang makanan kesukaan si dia.

Beri ruang

Jadilah seorang yang memahami. Dia memerlukan ruang untuk bersama-sama keluarga dan kawan. Jangan halang dia untuk bersama mereka. Ingatkan si dia tarikh ulang tahun ibu bapanya dan hantar kad ucapan atau belikan hadiah. Jika keluarganya tahu apa yang anda lakukan, pasti mereka menyokong anda untuk mendekati anak mereka.

Ingat, kunci untuk menambat hati lelaki adalah hatinya. Bila hati anda dan hatinya memiliki persamaan dan sudah saling memahami. Pasti sukar untuk diceraikan. Selebihnya, berdoalah agar dia jodoh yang terbaik untuk anda.

 

Baca juga:

Mungkin Jodoh Kita Masih Tadika, Pelakon Bercinta Beza Umur 17 Tahun Jadi Perhatian

Wujudkah Cinta Sejati Atau Semua Itu Mengarut?

 

 

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna