Inginkan Percutian Yang Sihat? Lakukan Perkara Ini

Susahnya kalau bercuti jauh-jauh. Badan mesti penat, makan pulak tak ikut time

Pasti ada di antara anda melalui masalah begini jika pergi bercuti. Lebih-lebih lagi kalau bercuti di luar negara. Banyak benda nak kena buat dekat negara orang sampaikan badan ni penat dan lesu.

Maklumlah, nak cari tempat yang seronok, tempat makan yang sedap dan pemandangan yang cantik dekat negara orang bukan selalu. Lagi-lagi tempat percutian kali ini, tempat yang sangat jauh dari tempat tinggal.

Memang nak pulunlah pusing dekat negara orang. Ya, Donna faham tapi kalau bercuti dengan badan penat, tidur tak cukup, makan tak kenyang pun tak seronok juga kan?

Jadi, kali ini Donna akan kongsikan rahsia percutian yang sihat untuk anda semua. Antara yang selalu Donna akan buat sebelum pergi bercuti ke negara orang adalah…

Selidik

Sumber pexels

Sebelum bertolak ke luar negara, perkara paling penting yang anda harus lakukan adalah menyemak lokasi yang bakal anda lawati. Jangan main terjah je kerana dikhuatiri suasana sekeliling tempat tersebut anda tidak berkenan.

Sebolehnya, rancang perjalanan anda untuk memudahkan percutian anda, Tidaklah nanti buat penat badan pergi tempat yang anda tidak suka. Malah, buat sedikit selidikan tentang pengangkutan dari satu tempat ke satu tempat.

Perbelanjaan

Sumber: pexels

Pastikan anda mempunyai bajet sebelum anda bergerak ke negara orang. Lakukan point pertama tadi, selidik! Memang waktu percutian untuk habiskan duit tetapi sebolehnya, elakkan pembaziran pada benda yang tidak penting.

Makanan

Semasa melihat lokasi yang bakal anda lawati, sambil itu mungkin anda boleh mencari tempat-tempat yang mempunyai makanan halal dan sihat.

Misalnya, mengetahui restoran yang mempunyai makanan sihat dan halal di sekitar kawasan lapangan terbang, penginapan hotel atau kawasan yang anda ingin lawati.

Dari situ, anda sudah jimat tenaga dari anda pusing satu kota untuk mencari-cari restoran yang entah jumpa entah tidak.

Hidrasi

Semasa percutian, anda mesti akan leka dengan keindahan alam dan kecantikan barang di negara orang sampaikan kadang tu terlupa dengan badan anda yang sebenarnya memerlukan tenaga untuk berjalan dan berseronok.

Oleh itu, pastikan sentiasa mengambil minuman yang memberi anda tenaga. Minuman yang paling mudah untuk cari di negara orang adalah air kosong.

Tidur

Sumber: pexels

Ketika bercuti, jangan terlalu obses. Ya, Donna tahu anda terlalu takut untuk bazirkan sesaat pun ketika berada di luar negara kerana takut ada tempat yang anda tidak sempat lawati.

Tapi, kalau badan anda tidak bermaya kerana tidak cukup tidur, bagaimana anda ingin menikmati setiap detik ketika bercuti? Bukankah itu akan membuat mood anda potong kerana berasa mengantuk.

Mudahkan untuk dapatkan percutian yang sihat? Donna harap, serba sedikit dapat membantu anda! Selamat bercuti.

 

 

 

 

Sumber: KKM

Tags: , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna