Ingin Bangkitkan Seri Di Wajah? Ini Rahsianya!

Umur makin meningkat? Dang!

Cuba tanya wanita-wanita yang ada , siapalah tak nak cantik dan miliki wajah berseri kan? Tapi makin meningkat umur, makin banyak perkara yang perlu dititik berat kan terutama dari segi penjagaan kulit wajah. Zaman sekarang ni macam-macam cara ada untuk kekal cantik. Ada cara mudah menggunakan khidmat doktor-doktor kecantikan, ada juga cara alami yang ternyata jauh lebih selamat.

Sumber: pexels

Pilihan di tangan anda! Apa yang anda perlu lakukan, tepuk dada, tanyalah selera. Perkongsian kali ini mungkin agak klise namun, tak salah saling ingat mengingati kan? Nak kekal nampak muda wajah berseri, baca tip di bawah ini:

Minum air masak

Sumber: pexels

Kajian di Oxford Universiti menunjukkan, 70% tubuh badan manusia memerlukan air. Jika jumlah tersebut tidak mencukupi, secara tidak langsung, bahagian kulit akan menunjukkan kesan seperti kusam, kering dan tidak bermaya. Tiada istilah sudah terlambat, ayuh mula minum air mencukupi dari sekarang!

Senyum sentiasa

Seperti anggota tubuh yang lain, wajah juga memerlukan senaman ringan kerana dapat membantu merenggangkan otot pada wajah dan membekalkan oksigen. Bukan susah, senaman wajah yang paling mudah dan berkesan adalah dengan senyum dan bergelak-tawa.

Sumber: cinema

Perwatakan

Sepertinya semua orang sudah lali bila mendengarkan ‘cantik dalaman, pasti cantik luaran’. Tapi, percayalah! Bila kita keluarkan aura positif melalui sikap kita, wajah kita secara tidak langsung akan naik seri. Tak percaya? Cuba dalam sebulan, anda sebarkan positif pada orang sekeliling, seri wajah akan berbeza!

Bekam!

Bagi rawatan pantas untuk menaikkan seri di wajah terutama sekali kepada bakal pengantin, apa kata lakukan rawatan berbekam pada wajah. Anda boleh gunakan promosi di Superdeals dengan hanya klik saja di sini.

 

 

 

 

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna