Ingat! Terima Menantu Biar Sesuai Untuk Anak, Bukan Ikut ‘Taste’ Kita

Mak tak suka pilihan kamu dan mak takkan restu. Berpisahlah dengan dia…”

Laju saja arahan si ibu tanpa memikirkan tentang hati dan perasaan si anak setelah menyulam kasih dan cinta dengan pasangan hidup. Si anak yang takutkan dengan gelaran derhaka, sanggup menggadai hati dan perasaan dengan meninggalkan orang yang mereka sayang. Rela diri makan hati, asalkan berjaya memenuhi permintaan si ibu.

Wahai para ibu, sebelum memisahkan dua insan yang berniat ingin menghalalkan hubungan, beringatlah bahawa jodoh, rezeki dan ajal semuanya di tangan tuhan. Tiada siapa yang tahu dan tiada siapa boleh mengubah kecuali kententuanNya. Siapalah kita nak menentukan si anak berjodohan dan bahagia dengan siapa? Biarkan mereka belajar membuat keputusan sendiri soal jodoh mereka.

Sumber: ig ismailizzani

Sebagai seorang ibu yang menyanyangi dan ingin melihat si anak mengecap kebahagiaan, anda sepatutnya melunaskan tanggungjawab dengan memberi nasihat yang sepatutnya. Pesan kepada mereka cara memilih jodoh mengikut nasihat yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SWT iaitu melihat dari rupa, harta, keturunan dan agamanya tapi agama perlu diutamakan. Jadi, biarkan mereka menilai sendiri.

Percaya dengan keputusan mereka dan pandanglah mereka sebagai seorang lelaki atau wanita yang hebat serta mampu berdikari untuk menjalani kehidupan sendiri. Bukankah anda dan pasangan telah pun memberi mereka didikan yang sempurna sejak dari kecil lagi? Dengan didikan itu, pasti mereka tahu bagaimana memilih pasangan yang baik.

Lihat perspektif Islam…

Tidak ingin mengulas panjang, siapalah kami ingin bercakap lebih lanjut. Lebih baik kita berbalik semula pada garis panduan Islam. Cukup dengan menghadam 5 aspek ini menerusi ceramah video ustaz Yahya Zainul dan pendakwah bebas ustaz Azhar Idrus.

  1. Apa yang sepatutnya si ibu lakukan jika tidak setuju dengan jodoh pilihan si anak?
  2. Apa hukum jika si anak melaggari perintah ibunya walaupun si ibu tidak merestui perkahwinan tersebut?
  3. Apakah restu seorang ibu antara jaminan kebahagiaan sebuah rumah tangga?
  4. Apa hukum melarang atau melambatkan pernikahan si anak yang berniat ingin berkahwin?
  5. Apakah betul jika ingin menikah, restu ibu adalah perkara yang wajib sebelum mendirikan rumah tangga?

Menerusi 4 buah video berikut, pasti anda sudah menemui jawapan di mana secara kesimpulannya si anak boleh saja menikah walaupun ibunya berkeras tidak merestui pernikahan yang mereka ikat. Namun begitu, si anak janganlah terus menerus membuat keputusan mengikut rasa hati.

Berbincanglah terlebih dahulu dengan ibu dan bapa kerana mungkin ada sebab yang si anak sendiri tidak nampak mengapa si ibu menolak pilihan hati. Si anak juga boleh mencuba cara halus mendekatkan bakal menantu dengan ibu bapa sendiri. Mana tahu lama kelamaan makin terpikat kan?

Si ibu juga harus memahami kehendak anak dan ingatlah wahai para ibu dan bapa, anak bukan hak kita, mereka adalah rezeki yang dikurniakan oleh Tuhan. Berserah je dengan Tuhan asalkan tanggungjawab anda sebagai orang tua mereka sudah dilunaskan.

 

Untuk bacaan yang lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Cuba Dulu Baru Tahu! Aktiviti  Pillow Talk  Buat Hubungan Suami Isteri Semakin Mesra

 

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna