Ingat Semua Ikan Boleh Dimakan Ke? Hati-hati Dengan 5 Jenis Ikan Ini!

Sejak PKP ini dijalankan, makin ramai yang mula menguji skill memasak di rumah. Pelbagai menu masakan yang dikongsikan dalam dunia social media. Kagum Donna melihat kepelbagaian jenis makanan yang dimasak tu. Ada yang buat kek, ada yang buat healthy food, bakar sana bakar sini, baked here and there!

Mmm delicious! However girls,  Memasak ini juga memerlukan ilmu yang secukupnya. Jangan pula anda main masak je ikut sesuka hati setiap hari pula tu. Silap haribulan anda boleh jatuh sakit ya.

Menjadi perkara biasa apabila kita ada ikan dalam lauk pauk makan. Melainkan kalau anda jenis yang mengamalkan konsep vegetarian itu lain ceritalah. Ramai juga yang memang gemar makan ikan berbanding dengan daging ayam atau lembu.

Dalam lauk pauk yang kita makan tu pun memang banyak jenis ikan dah kita makan kan? Ye lah macam-macam jenis masakan yang wujud dalam dunia ni! Tapikan sebenarnya ada 5 jenis ikan yang mungkin boleh jejaskan kesihatan sesetengah kita. Nak tahu ikan jenis apa? Meh sini Donna senaraikan pada anda.

1.Ikan Kembung (Mackerel)

Foto:grocerhelper.com

2.Ikan Tongkol (Mackerel Tuna)

Foto:matdespatch.com

3.Ikan Cencaru (Torpedo Scad)

Foto:grocerhelper.com

4.Ikan Bawal (Promfet)

Foto:grocerhelper.com

5. Ikan Pari (Whiptail  Stingray)

Foto:www.rasa.my

Ladies, jangan salah faham ya, Donna bukan kata tak boleh makan, of course boleh makan. Cuma disebabkan manusia mempunyai daya ketahanan yang berbeza. Sesetengah individu memang tidak ada masalah atau alahan untuk makan apa sahaja. Manakala sesetengah individu pula mempunyai kulit yang sensitif.

Ikan-ikan yang tersenarai di atas mempunyai kandungan amino asid histidin. Bahan tersebut sebenarnya mampu untuk bertukar mennjadi bahan kimia dalam saraf yang dinamakan histamin. Histamin pula adalah kuman yang berada di dalam ikan-ikan ini.

Jadi kepada anda yang mempunyai kulit yang sensitif sememangnya akan berlaku keradangan jika terlebih makan atau makan ikan-ikan ni. Mungkin juga ramai yang tidak tahu tentang perkara ini pelik kalau tiba-tiba kulit anda naik kegatalan dan berlaku alahan.

Semoga anda akan menjadi lebih berhati-hati dalam pemilihan makanan lepas ini dan jangan lupa kongsikan kepada yang tersayang!

 

Baca juga:

Awas! Individu Rentas Negeri Boleh Di Arah Patah Balik Jika Gagal Buktikan 2 Perkara Ini

8 Rutin Harian Neelofa Dalam Bulan Ramadan Yang Boleh Dijadikan Panduan

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber:MingguanWanita

Tags: , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna