Inai Bukan Saja Memerahkan Jari Tapi Ada Fungsi Lain Juga

Jom ambil daun inai, kita merahkan jari nak tak?”

Sebut saja inai, pasti ramai di antara anda fikirkan daun inai yang di petik kemudian di tumbuk-tumbuk sehingga menjadi hancur atau serbuk inai yang dibancuh untuk memerahkan serta menghiasi pada bahagaian jari dan tangan dengan pelbagai corak lukisan tangan.

Sumber: wedding malay

Sekarang ini, inai bukan saja warna oren kemerahan tetapi warna putih pun ada juga. Apa pun, tidak kiralah inai mempunyai warna apa sekali pun, jika tiada bahan pewarna yang terlarang, anda boleh menggunakannya. Kalau sebaliknya, elakkan.

Untuk pengetahuan anda, inai bukan saja dapat memerahkan jari dan tangan saja, ia juga mempunyai banyak lagi fungsi lain yang boleh para wanita praktikkan pada diri mereka untuk kelihatan cantik! Antaranya adalah…

Melebatkan bulu kening

Mungkin ada di antara anda mempunyai masalah kuantiti bulu kening yang sedikit sehingga menyebabkan wajah anda tiada seri dan menyebabkan keyakinan diri anda menjadi kurang. Untuk menyelesaikan masalah ini, anda hanya menggunakan inai saja!

Bagaimana? Ikut panduan di bawah ini.

Sumber: pexels

  1. Sediakan 1 sudu gula, 1/2 perahan jus lemon dan juga 1 sudu serbuk inai.
  2. Gaul kesemuanya sekali sehingga bancuhan rata.
  3. Masukkan ke dalam bekas kecil dan biarkan selama sehari.
  4. Kemudian, sapukan pada kedua-dua blah kening anda.
  5. Lap dengan tisu atau kain.
  6. Sapukan lagi sekali pada kening anda untuk lapisan kedua. Pastikan anda sapu dengan kemas. Nak buat bentuk terus pun boleh!
  7. Biarkan selama 5 minit.
  8. Cuci dan lihat hasilnya!

Selain daripada melebatkan bulu kening, inai juga dapat membantu anda untuk memberi bentuk pada kening anda. Bila keluar tu, tak payah susah-susah nak lukis kening lagi dah, touch up sikit je, kening dah on point!

Menghilangkan jerawat

Jerawat yang tumbuh tak semestinya disebabkan stress atau salah permakanan. Kadang disebabkan anda tidak membasuh muka dengan betul sehingga menyebabkan kotoran yang masih melekat pada kulit wajah masuk ke dalam liang pori dan menyebabkan tumbuh jerawat atau blackhead.

Apabila tumbuh jerawat, mulalah sibuk mencari jalan penyelesaian mengecutkan jerawat. Jangan pening-pening, inai kan ada! ikut panduan di bawah.

Sumber: medical news today

  1. Sediakan 1 sudu madu, 1 sudu serbuk henna, 1/2 perahan jus lemon dan oren.
  2. Gaul kesemuanya sekali sehingga bancuhan rata.
  3. Sapu pada jerawat anda dengan dabkan saja pada jerawat.
  4. Biarkan selama 15 minit.
  5. Cuci dan sapukan pelembab pada wajah.
  6. Lakukan selama 3 hari berturut-turut dan lihat hasilnya!

Memulihkan tona warna kulit

Masalah tona warna kulit dihadapi oleh setiap individu tidak kira wanita mahu pun lelaki. Ini kerana faktor cuaca dan pemakaian. Misalnya, wanita yang memakai tudung apabila wajah mereka terlalu lama terdedah pada sinar UV, ia akan menyebabkan kesan belang pada bahagian pipi.

Sumber: internet

Bagi yang pulang dari bercuti dari pantai, kulit badan mereka juga akan menjadi belang kerana terlalu banyak berjemur di pantai. Untuk mengembalikan semula tona warna kulit yang sekata, anda perlu ikut panduan di bawah ini.

  1. Sediakan 2 sudu serbuk inai dan 1 cawan air panas.
  2. Gaul kesemuanya sekali sehingga bancuhan rata.
  3. Masukkan ke dalam bekas dan biarkan selama 1 hari.
  4. Sapu dengan rata pada bahagian badan yang berbelang.
  5. Tekapkan dengan plastik PVC jernih.
  6. Biarkan selama 5 minit.
  7. Cuci dan lihat hasilnya!

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Nak Badan Seksi? Jom Ikut Cara Senaman Kim Kardashian

Buruknya Tumit Aku Ni! Kenapalah Boleh Merekah?

 

 

 

 

Sumber: beauty studio

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna